Gaya Hidup

Masjid Kirklar – Buat Anda Yang Ingin Merasai Pengalaman Spiritual Di Tempat Tinggi

Oleh Natirah Azira  •  14 Aug 2019  •  2 min baca

Jika anda seorang pencinta alam, maka anda pasti akan menyukai tempat ini – sebuah masjid kecil yang sayup-sayup dilitupi awan dari kejauhan. Ia berada di ketinggian lebih 3200 meter dari paras laut, dibina di atas cenuram yang berbahaya. Ia terletak di bahagian utara Laut Hitam Turki, secara spesifiknya di antara kawasan Bayburt dan juga Trabzon.

Kredit gambar oleh Mvslim

Penduduk setempat memanggil tempat ini sebagai ‘Kirklar’. Masjid ini menarik perhatian mereka yang sukakan keindahan alam dan kembara spiritual.

Seorang pengunjung masjid yang bernama Nurten Balci telah datang ke tempat tersebut dua kali. Katanya, “Tempat ini mendatangkan perasaan ketenangan yang luar biasa”

Mereka yang ingin ke masjid tersebut perlu melalui jalan yang mencabar dan berbatu kerana ia tidak dapat diakses dengan kereta.

Selain daripada ruang solat, masjid ini juga mempunyai bilik kecil dan juga dapur bagi mereka yang ingin bermalam dan merasai pengalaman spiritual. Ia menjadi salah satu tempat pelancongan di Turki.

Kredit gambar oleh mysalaam.com

Tetamu yang meninggalkan catatan pada buku catatan tetamu yang terdapat di masjid tersebut pula mencoretkan pengalaman mereka merasai ketenangan di situ serta dapat mengasingkan diri daripada tekanan dan kesibukan harian.

“Pemandangan serta pengalaman di sini sangat menakjubkan. Orang perlu melihat sendiri untuk faham”, begitu catatan salah seorang pengunjung.

Jika anda seorang yang sukakan tempat-tempat yang unik dan di luar kebiasaan, mungkin anda ingin ke sini untuk merasai sendiri pengalaman spiritual berada di sebuah masjid di puncak gunung.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami