Sejarah

Masjid Djenne, Mali Diiktiraf Bangunan Tanah Liat Terbesar Dunia

Oleh Fieyzah Lee  •  10 Sep 2019  •  2 min baca

Sebuah masjid yang unik dan diperbuat dari batu bata dan tanah liat serta diiktiraf sebagai bangunan tanah liat terbesar di dunia. Masjid ini telah dibina pada abad ke-13 manakala struktur masjid tersebut telah berusia hampir seabad.

Masjid ini ditubuhkan di sebuah kota kecil di Mali, Afrika Barat, iaitu salah sebuah kota peradaban Islam di Afrika. Kota ini juga telah dirasmikan oleh UNESCO sebagai sebuah warisan dunia pada tahun 1988 kerana memiliki bangunan yang seluruhnya dibina dengan lumpur dan tanah liat.

Masjid ini telah dibina pada 1240 M, iaitu pada zaman pemerintahan Djene, Sultan Koli Kunboro. Tapak asal masjid ini ialah sebuah istana oleh golongan pemerintah ini. Sultan tersebut mula membina masjid ini setelah ia mula memeluk Islam.

Dinding Masjid tersebut telah dibina seluas 5.625 meter persegi daripada bata lumpur yang dijemur di bawah matahari manakala pada bahagian luarnya telah ditampal dengan lumpur yang lembut.

Masjid ini dikatakan mampu menampung sehingga 3000 jemaah dalam setiap kali solat. Sebahagian daripada masjid ini berbumbung manakala sebahagiannya lagi dibiarkan terbuka dan pengunjung boleh merasakan nikmat beribadah dekat dengan alam, iaitu tanah. Atap masjid itu juga disokong dengan 90 tiang.

Masjid ini dikatakan akan diperiksa setiap setahun bagi menampal sebarang kerosakan atau membetulkan bahagian yang perlu. Ia juga dijaga oleh ahli jawatankuasa masjid bagi mengekalkan warisan asli dan peradaban Islam di sana.

Oleh itu, buat anda yang ingin melihat sendiri bagaimana tanah lumpur ini boleh kukuh dan dibentuk sebagai sebuah masjid terbesar di sana, anda boleh berkunjung untuk merasai sendiri pengalaman beribadah di sana.

Wallahu a’lam.

Rujukan: Masjid Di Mali


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami