Ibadah

Masjid Dibangun Untuk Bermegah Antara Tanda Kiamat

Oleh Fieyzah Lee  •  14 Jan 2020  •  2 min baca

Antara tanda kiamat yang diberitahu dalam beberapa riwayat ialah manusia pada akhir zaman akan membangunkan masjid bukan untuk mengimarahkannya, tetapi untuk bermegah dengan kecantikan dan kebesarannya.

Kita lihat manusia pada hari ini berlumba-lumba membangunkan masjid dan salah satu tujuannya adalah untuk menjadikan ia sebagai tarikan pelancong semata-mata. Walaupun bukan semua masjid di dunia ini yang dibina dengan tujuan itu, namun kita perlu berhati-hati agar tidak tergolong dalam kalangan yang sedemikian.

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ

Maksud: “Tidak berlaku kiamat sehingga orang ramai bermegah pada masjid mereka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 449)

Sebenarnya, tidak menjadi permasalahan untuk membangunkan masjid dengan indah dan cantik, namun matlamat utamanya adalah untuk mengimarahkannya. Disebabkan itu, yang paling penting ialah dengan memperbanyakkan pengisian untuk beribadat kepada Allah.

Jika tujuan membangunkan masjid yang cantik itu adalah untuk memberi semangat kepada golongan muslim agar rajin melangkah kaki ke masjid dan boleh beribadah dengan selesa, maka ia adalah digalakkan.

Walau bagaimanapun, jika ia dibangunkan semata-mata untuk tarikan pelancong dan bukan untuk beribadah, maka para ulama bersepakat bahawa ia adalah perbuatan yang dilarang.

Bahkan, jika ukiran atau bahan yang digunakan adalah daripada emas dan perak, maka ia adalah haram tanzih. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada perasaan riak dan gah dengan binaan tersebut.

Tambah al-Munawi RA – “Menghias masjid dan mushaf adalah sesuatu yang dilarang kerana perkara itu boleh menyibukkan hati dan menghilangkan kekhusyukan daripada bertadabbur dan hadirnya hati dengan mengingat Allah. Mazhab Syafi’e berpendapat bahawa, menghias masjid dan Kaabah dengan emas dan perak adalah diharamkan secara mutlak. Adapun selain keduanya adalah makruh.” (Faidh Al-Qadir, 1/367)

Wallahu a’alam.

Rujukan
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami