Tokoh

Mariam Al-‘Ijiliy, Wanita Pembuat Alatan Teknologi Astrolab Abad Ke-10

Oleh Natirah Azira  •  19 Feb 2020  •  2 min baca

Boleh anda bayangkan seorang wanita pada abad ke-10, memegang alatan untuk membuat satu sistem yang boleh mengukur kedudukan bintang?

Beliaulah Mariam Al-Ijiliy, nama yang sangat jarang didengari namun pernah terkenal pada abad ke-10 sebagai seorang wanita pembuat alatan teknologi.

Beliau merupakan anak kepada seorang pembuat peralatan Astrolab yang terkenal di Aleppo bernama Al-‘Ijiliy al-Astrulabi.

Ia adalah sebuah alat yang pernah digunakan oleh ahli astronomi, pengembara dan pengemudi kapal pada zaman dahulu untuk menentukan kedudukan planet dan bintang. Selain itu, alat ini juga boleh menentukan waktu di sesebuah tempat berpandukan latitud yang diambil.

Tidak banyak catatan yang ditulis tentang Mariam namun seorang ilmuwan Islam, Ibn Al-Nadim pernah bercakap tentang wanita ini dalam kitabnya yang bertajuk Al-Fihrist.

Mariam mendapat kemahiran dan ilmu membuat Astrolab daripada ayahnya dan juga Muhammad ibn ‘Abdullah Bastulus (Bitolus), seorang pembuat alatan Astrolab terkemuka pada abad itu yang tinggal di Baghdad.

Alatan Astrolab buatan tangan ciptaan Mariam sangat rumit tetapi unik telah menarik perhatian pemerintah Kerajaan Hamdan (Hamdanid) di Syria. Mariam telah diambil bekerja di Istana Sayf al-Daulah daripada tahun 944 hingga 967 Masihi. Sumbangannya telah banyak menyumbang kepada pembangunkan sistem navigasi dan juga catatan masa.

Kecintaannya dalam bidang astronomi dan alatan kaji bintang telah memberi inspirasi kepada seorang penulis moden bernama Nnedi Okorafor untuk menulis sebuah novel tentang seorang saintis wanita.

Novel bertajuk “Binti” telah terhasil dan berjaya meraih Anugerah Nebula dan Hugo pada tahun 2016.

Tidak mustahil untuk menjadi seorang yang mahir dalam suatu bidang lebih-lebih lagi yang banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. Mariam membuktikan perkara tersebut lama dahulu, sewaktu kemudahan teknologi dan komunikasi masih lagi terhad. Semoga usaha gigih beliau mampu menjadi pemangkin semangat kepada golongan masa kini.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami