Gaya Hidup

Mari Kita Bersama Ke Syurga

Oleh Rizal Alhaj  •  13 Jul 2018  •  2 min baca

Tengok WhatsApp;

“Eh, dia online! Nak tegurlah”

Taip mesej laju-laju, sambil tersenyum sipu. Mesej dihantar. Double tick. Bluetick.

10 minit kemudian. 1 jam kemudian. Sehari kemudian. Seminggu kemudian. Sebulan kemudian. Esok, lusa, minggu depan, bulan depan masih tetap sama tidak berbalas;

“Tak sudi ke balas mesej saya? Saya ada buat salah ke sampai tak nak balas?”

Resah, gelisah dan tidak senang duduk. Taip lagi;

“Boleh bagi tau apa salah saya?”

Masih sama. Tidak berbalas. Pilukan? rasa kecil hati, kecewa, sakit hati, semua ada kan?

Itu baru hubungan dengan manusia. Bagaimana hubungan kita dengan Tuhan? Allah S.W.T hantar ayat-ayat Dia (Al-Quran). Allah S.W.T suruh solat, tapi apa kita buat?

Kita tidak baca pun Al-Quran! Tidak solat pun! Kita tidak membalas pun pemberian Allah S.W.T. Ingat Allah S.W.T tidak kecewa dengan kita? Allah bagi itu, bagi ini pada kita tetapi kita masih tidak sedar.

Itu baru berjam atau berhari orang tak balas. Sekarang ini kita dah hidup berapa lama atas dunia ini?

Berbelas, berpuluh tahun dah Allah S.W.T bagi bernafas. Bayangkan selama hidup ini tiada orang mahu membalas mesej kita. Bosan kan?

Tetapi Allah S.W.T tetap setia menunggu hambaNya buka Al-Quran, membacanya dan tadabbur ayat-ayatNya. Tetap menunggu hambaNya menunaikan solat. Balas dengan beribadah kepadanya.

Tahu tak kenapa Allah S.W.T tunggu? Sebab Allah S.W.T nak berikan kita hadiah yang paling bernilai iaitu masuk ke Syurga.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami