Berita

Mangsa Tembakan Christchurch Yang Berusia 4 Tahun, Akhirnya Sedar Dari Koma

Oleh Natirah Azira  •  28 Apr 2019  •  2 min baca

Mangsa tembakan Christchurch yang berusia empat tahun, Alen Daraghmih akhirnya dilaporkan sedar dari koma beberapa minggu lepas.

Kanak-kanak tersebut dan ayahnya Wasseim Alsati antara mangsa yang ditembak dalam kejadian di Christchurch pada 15 Mac yang lalu. Dalam satu video yang dimuat naik di Facebook, Wasseim yang masih berada di atas katil hospital sebak bercakap tentang anaknya yang kini tidak dapat melihat dan mendengar apa-apa.

Anak kecil itu mengalami kecederaan pada otak, dan perlu menjalani pembedahan yang banyak – dikatakan sehingga lapan kali pembedahan. Doktor memerlukan empat hingga enam bulan lagi untuk mengenal pasti dengan jelas sejauh manakah kecederaan otak yang dialami.

Namun Alen semakin hari semakin menunjukkan perubahan apabila mula dapat mengecam ibunya dan menyebut beberapa perkataan yang ganjil.

Alsati pula telah ditembak sebanyak tiga kali dalam kejadian tersebut dan turut mendapat rawatan. Beberapa hari yang lalu, dia dilihat sudah mampu berdiri ketika dilawat oleh Putera William dan Jacinda.

Dalam ucapannya dia berterima kasih kepada doktor-doktor yang merawatanya, perdana menteri New Zealand dan orang ramai yang telah banyak membantu serta memberi sokongan kepadanya sekeluarga.

Satu platform sumbangan A givealittle juga telah dibuat bagi membantu keluarga ini. Kempen ini dimulakan pada 11 April yang lalu oleh teman Alen, dan sehingga kini ia berjaya mengumpulkan lebih kurang $63,210.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami