Berita

Malam Baca Puisi Dunia – Antara Usaha Membudayakan Amalan Membaca

Oleh Fieyzah Lee  •  15 Sep 2019  •  2 min baca

Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) bersama sokongan penuh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menganjurkan sebuah majlis gilang-gemilang, iaitu Malam Baca Puisi Dunia 2019 semalam.

Majlis ini telah berlangsung di Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur pada 14 September 2019 yang telah menampilkan seramai 21 orang pemuisi terkemuka dari 12 buah negara, antaranya Jepun, Perancis, New Zealand, Iran, Bangladesh, Brunei Darussalam dan Malaysia.

Antara pemuisi yang hadir ialah Sasterawan Negara, Datuk Seri Dr. A. Samad Said, Prof Rebecca T. Anonuevo dari Filipina, Zefri Ariff dari Brunei serta Dr Free Hearty Bakri dari Indonesia dan ramai lagi.

Di samping usaha awal MOTAC mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020, ia juga merupakan salah satu platform agar lebih banyak karya khususnya dalam bidang seni, budaya dan warisan dapat diterbitkan dan diterjemahkan ke dalam bahasa asing.

Ia sekali gus dapat menarik minat masyarakat antarabangsa untuk membaca bagi mengenali masyarakat majmuk di Malaysia. Walau bagaimanapun, tujuan yang paling utama ialah untuk menggalakkan budaya membaca menerusi wadah sastera dan budaya.

Hal ini kerana, kurangnya minat membaca terutamanya dalam bidang ini sehingga membimbangkan semua pihak. Ilmu yang ada itu terlalu banyak bertebaran, namun jika diabaikan, ia boleh hilang begitu sahaja.

Ilham Dr Muhammad Haji Salleh, Sasterawan Negara untuk mengadakan Malam Baca Puisi Dunia dengan tema Puisi Dalam Zaman Tidak Puitis ini mendapat sambutan yang positif untuk memperjuangkan puisi khususnya kepada generasi muda.

Majlis ini telah diadakan selama sehari dengan aktiviti yang bermanfaat untuk mendedahkan mengenai puisi, iaitu Bengkel Penciptaan Puisi di sebelah pagi manakala Wacana Puisi Dunia: Puisi Dalam Zaman Tidak Puitis pada sebelah petang.

Ia telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, Cik Saraya Arbi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) yang mewakili YB Dato’ Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia sekali gus dengan pelancaran Buku Puisi Dunia: Puisi Dalam Zaman Yang Tidak Puitis.

Buku ini memaparkan puisi-puisi yang telah dideklamasikan oleh kesemua pemuisi pada malam ini dan bagi yang berminat untuk mendapatkannya, boleh terus ke Perpustakaan Negara Malaysia . Ia Boleh dibeli dengan harga RM 41 sahaja.

PNM juga turut mengadakan Pameran Sasterawan Negara di Ruang Pameran PNM yang akan dipamerkan selama tiga bulan. Bagi anda yang berminat, boleh berkunjung secara terus untuk mendapatkan lebih banyak maklumat menarik.

Rujukan:
Malam Baca Puisi Dunia


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami