Berita

Majlis Akad Nikah Secara Online Dihentikan – JAIS

Oleh Natirah Azira  •  18 Jun 2020  •  1 min baca

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menetapkan untuk membenarkan semula majlis akad nikah dengan kehadiran fizikal, serta menghentikan pelaksanaan akan nikah dengan cara dalam talian.

Mengikut ketetapan baru ini, bilangan orang yang dibenarkan menghadiri majlis akad nikah tersebut mestilah tidak melebihi 15 orang, terdiri daripada 7 orang daripada pihak lelaki dan 8 orang di pihak pengantin perempuan. Bilangan ini tidak termasuk pengantin lelaki, pengantin perempuan, wali dan dua orang saksi.

Bagi memudahkan lagi urusan akad nikah dan permohonan kebenaran berkahwin, Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) perlu membantu dan memudahkan urusan anak kariah. Semua individu yang hadir mestilah mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAIS.

Walau bagaimanapun, majlis akad nikah hanya boleh dilakukan di masjid yang telah ditetapkan atau di Pejabat Agama Islam Daerah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami