Berita

Majlis Akad Nikah Di Selangor Dibenarkan Dengan Had Kehadiran 20 Orang

Oleh Fizah Lee  •  11 Dec 2020  •  1 min baca

Jabatan Agama Islam Selangor telah mengeluarkan SOP baharu mengenai pelaksanaan majlis akad nikah di Negeri Selangor dengan membenarkan upacara akad nikah dilaksanakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP).

Tempat akad nikah boleh diadakan di mana-mana kawasan yang bersesuaian, sama ada di dalam atau di luar kawasan masjid tertakluk kepada nasihat Pegawai Tadbir Agama Daerah.

Waktu akad nikah pula hanya dibenarkan bermula pada 9.00 pagi sehingga 5.00 petang sahaja. Manakala, untuk setiap PPP yang bertugas, pasangan yang perlu diakadkan tidak melebihi 5 pasangan sehari.

Kehadiran tetamu yang dibenarkan pula hanya seramai 20 orang. Ia tidak termasuk PPP dan dua orang saksi yang ditugaskan.

Tetamu yang hadir adalah dari kawasan yang dibenarkan sahaja dan bukan dari Zon Merah.

Ia melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor kecuali di kawasan Mukim Kuala Selangor dan berkuat kuasa serta merta.

Bagi pasangan dari zon merah dan ingin meminda lokasi nikah ke masjid luar dari kawasan zon merah, ia adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, pasangan boleh melakukan akad nikah di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Hanya 3 orang sahaja yang dibenarkan hadir di PAID, iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan juga wali.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Selangor


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami