Remaja

Mahasiswa Adalah Pelakar Masa Hadapan Negara

Oleh Awatif  •  6 Oct 2018  •  2 min baca

Ketahuilah bahawa pemuda memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk sesebuah generasi mahupun Negara. Seperti yang imam Hasan Al banna ada menyebut;

”Sesungguhnya aku merindui pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah”

Ayat ini sangat memberi kesan kepada kita, berapa ramai pemuda hari ini memikirkan kesusahan saudara yang lain. Ada antara rakan kita hari ini atau kita sendiri malamnya diisi dengan main game seperti COC, warewolf dan wanita pula dengan movie-movie yang belum dihabiskan.

Siangnya hanya ke kelas kemudian balik, makan dan tidur. Itulah realiti kebanyakan mahasiswa hari ini. Namun sebenarnya mereka tidak sedar akan ilmu yang tidak diasah semakin menumpul.

Bagi seorang mahasiwa yang berjaya, masa adalah keutamaan buat mereka. Walaupun sibuk dengan kelas dan program fakulti tetapi masih dapat melaksanakan kedua-dua tugas dengan baik.

Seimbangkan keduanya iaitu dengan membahagikan masa mengikut kesesuaian prioriti. Tidak lupa meletakkan di dalam jadual masa bagi menyiapkan tugasan assignment yang diberikan dan mengulangkaji kembali pelajaran yang telah dipelajari.

Hubungan dengan kawan dan pensyarah juga perlu dititikberatkan kerana jika tidak faham sesuatu, pensyarah dan kawan adalah orang yang utama menadi rujukan.

Perlu ada cara mendekati kedua-dua golongan ini, caranya adalah dengan memahami mereka bukan menggunakan cara yang tidak baik seperti membayar kawan supaya menyiapkan tugasan kerja yang susah.

Daya kreatif juga antara sifat yang ada dalam diri mahasiswa iaitu mencipta sesuatu yang bermanfaat. Sifat ini perlulah digilap dengan baik agar tidak disalahgunakan ke arah yang salah.

Mahasiswa perlu mengutip ilmu sebanyaknya tidak menyalahgunakan masa muda yang dikurniakan kepada kita. Mahasiswa adalah pencorak masa hadapan yang melakar kemajuan negara. Jika baik lakarannya maka hasilnya juga adalah baik.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami