Sejarah

Madinah Ialah Tempat Pertama Azan Dilaungkan

Oleh Fizah Lee  •  7 Sep 2020  •  2 min baca

Pernah tak anda terfikir, di mana agaknya azan mula-mula dilaungkan? Kita sering dengar bahawa orang pertama yang melaungkan azan adalah Bilal bin Rabah.

Beliau dipilih disebabkan mempunyai suara yang lantang dan keberanian yang tidak dapat disangkal lagi.

Namun, perihal tempat azan mula-mula dilaungkan, masih ramai yang terkeliru sama ada ia dilaungkan di Madinah atau Mekah.

Azan mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah. Pendapat ini adalah berdasarkan hadis Ibnu Umar, iaitu;

Maksud: “Kaum muslimin dahulu ketika datang di Madinah, mereka berkumpul lalu memperkira-kira waktu solat tanpa ada yang menyerunya, lalu mereka berbincang-bincang mengenai perihal itu. Sebahagian mereka berkata: “Gunakan sahaja loceng seperti yang dilakukan oleh Nasrani.” Sebahagian lagi berkata: “Gunakan sahaja serunai seperti yang digunakan oleh Yahudi.”

Lalu, Umar berkata: “Bukankah lebih baik dengan menggunakan suara untuk memanggil orang solat.” Lalu, Baginda SAW menyuruh Bilal untuk mengumandangkan panggilan yang menyeru kepada orang solat.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 604)

Ibnu Hajar berpendapat bahawa ia disyariatkan pada tahun pertama Hijrah di Madinah.

Berkenaan dengan lafaz azan pula, ia telah diberikan petunjuk melalui dua orang sahabat yang telah mendapat mimpi yang sama mengenai azan ini, iaitu Abdullah bin Zaid dan Umar Al-Khattab.

Kemudian, mereka menceritakan mimpi tersebut kepada Baginda lalu Baginda bersabda:

Maksud: “Dengan izin Allah, ia adalah mimpi yang benar. Berdirilah bersama Bilal dan sampaikan kepadanya apa yang kamu lihat supaya dia boleh melaungkan azan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 449)

Justeru, dapat kita faham bahawa azan mula-mula disyariatkan pada tahun pertama Hijrah di Madinah dan telah dilaungkan oleh Bilal bin Rabah.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami