Gaya Hidup

Lihat Bicara Kalam Allah Mengenai Dunia

Oleh Fieyzah Lee  •  17 Oct 2019  •  3 min baca

Cintakan dunia dan takutkan akhirat merupakan salah satu penyakit yang amat ditakuti oleh para sahabat.

Hal ini kerana, dunia bukanlah tempat yang akan didiami buat selama-lamanya, namun mempunyai tarikh luputnya yang sendiri sama ada anda yang pergi dahulu atau anda bakal menyaksikan kemusnahannya.

Malah, Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan para sahabat dan umatnya untuk beribadah seolah-olah kamu akan mati esok dan bekerja seakan-akan kamu akan hidup lagi seribu tahun.

Ia adalah anjuran agar manusia sentiasa beringat bahawa kehidupan di dunia ini adalah jambatan untuk ke akhirat. Setiap apa yang diusahakan bakal menjadi hasil di akhirat kelak.

Jika baik dan banyak amalnya, maka apa yang akan dituai juga adalah setimpal dengannya bergantung kepada niat dan keredaan Allah.

Namun, wujud manusia yang melakukan pekerjaan seolah-olah mereka akan hidup selamanya dan melupakan kampung akhirat.

Kebanyakan daripada mereka juga mempunyai sifat terlalu cintakan dunia dan takut akan kematian. Sifat mengejar dunia ini sangat berbahaya.

مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لَا يُبْخَسُونَ

Maksud: “Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikit pun padanya.” (Surah Hud, 11:15)

Rasulullah SAW juga ada menyebut bahawa, golongan yang terlalu cintakan dunia akan mudah dilanda empat masalah, iaitu:

#1 – Masalah kegusaran yang berpanjangan
#2 – Kesibukan yang tiada sempadan
#3 – Kekayaan yang tidak dapat dinikmati
#4 – Angan-angan yang panjang tanpa kesudahan

Malah, banyak kalam Allah yang menceritakan mengenai sikap manusia yang terlalu mencintai dunia, iaitu:

#1 – Dunia Adalah Permainan

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ

Mafhum: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu.” (Surah Al-Hadid, 57:20)

#2 – Dunia Itu Perhiasan

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالْأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ۗ ذَٰلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَاللَّـهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Mafhum: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).” (Surah Al-Imran, 3:14)

#3 – Ujian Buat Semua Makhluk

أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ
حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ

Mafhum: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur.” (Surah At-Takathur, 102:1-2)

Kesimpulan

Setiap sesuatu pasti punya tarikh luput, dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besarnya. Disebabkan itu, wujudnya istilah kiamat dan larang untuk terlalu cintakan dunia agar tidak mudah jatuh ke dalam tipu daya dunia.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami