Eksklusif

Lelaki Ini Berkongsi Pengalaman Menenangkan Anaknya Yang Sedang Marah

Oleh Natirah Azira  •  26 Jan 2019  •  1 min baca

Setiap anak-anak mempunyai ragamnya yang tersendiri, namun perkongsian seorang lelaki yang menggunakan nama Abu Maryam di Twitter ini menarik minat netizen apabila beliau menceritakan pengalaman menenangkan anaknya yang sedang marah.

“Maryam marah aku tadi sebab aku suruh dia duduk elok-elok dalam kereta. Biasalah, muncung. Aku usap kepala dia tapi sebab dia marah, dia tepis tangan aku.

Masa tu tangan dia tengah pegang kertas lukisan yang dia dapat buat kat sekolah dia. Sebab marah sangat kertas tu terkoyak.”

“I cannot buy this back. Nak beli kat mana, benda tu ada satu je”

“If you don’t control your anger, you will bound to break something”

Seorang ayah yang cuba menyelesaikan masalah anaknya…

“Marah ni kalau kita tak kawal, kita akan menyesal”

Beliau mengakhiri perkongsian di Twitter nya dengan mengingatkan para pembaca bahawa emosi merupakan suatu yang bersifat sementara. Jangan kerana sifatnya sementara, kita melakukan perkara yang akan membuatkan kita menyesal selamanya.

Anak-anak kecil sebenarnya mampu memahami jika kita jujur dan pandai menerangkan situasi kepada mereka. InsyaAllah mereka akan belajar daripada kesilapan dan cuba untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan. Semoga Maryam dan semua anak-anak di luar sana menjadi anak yang soleh dan solehah, Amin.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami