Berita

Laungan Azan Tertakluk Kepada Pihak Berkuasa Agama Di Negeri Masing-Masing

Oleh Fizah Lee  •  18 Mar 2020  •  2 min baca

Berikutan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2020, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, kaedah azan adalah tertakluk kepada keputusan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.

Walau bagaimanapun, beliau telah mencadangkan kepada wakil Istana Negara bagi menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad al-Musta’in Billah mengenai cadangan berkaitan kaedah azan bagi Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, azan tetap akan berkumandang seperti biasa kerana ia adalah syiar islam. Namun, lafaz hayya ‘alassolah akan diperlahankan. Setelah azan, muazzin hendaklah berpesan – “Solatlah di rumah atau di tempat kamu.”

Ia perlu dilakukan dalam Bahasa Melayu agar lebih mudah difahami oleh semua umat Islam di Malaysia. Menurutnya, ia adalah untuk meraikan beberapa riwayat daripada Bukhari, Muslim dan Ahmad yang menyifatkan ia sebagai sunat bagi muazzin untuk menyebut sedemikian.

Daripada Ibn Umar RA, bahawa beliau telah azan pada satu malam yang sejuk dan berangin dengan berkata:

أَلاَ صَلُّوا فِي الرِّحَالِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُ المُؤَذِّنَ إِذَا كَانَتْ لَيْلَةٌ ذَاتُ بَرْدٍ وَمَطَرٍ، يَقُولُ: أَلاَ صَلُّوا فِي الرِّحَالِ

Maksudnya: “Solatlah kamu di rumah kamu.” Kemudian beliau berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan muazzin sedemikian sekiranya malam tersebut teramat sejuk dan hujan teramat lebat dengan berkata: “Solatlah kamu di rumah kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 666)

Tambahnya lagi, isu berkaitan agama islam perlu diselaraskan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Negeri.

Sumber:


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami