Kesihatan

Larangan Menahan Kentut Ketika Solat Dari Sudut Kesihatan

Oleh Fizah Lee  •  5 Feb 2020  •  2 min baca

Jika anda terbatal wuduk ketika sedang menunaikan solat, maka wajib ke atas anda untuk menghentikan solat tersebut dan memperbaharui wuduk serta memulakan solat dari awal dan tidak boleh menyambung solatnya tadi.

Sama juga keadaan jika anda sedang solat secara berjemaah. Wajib ke atas anda untuk keluar daripada saf tersebut dan memperbaharui wuduk. Antara sebab terbatalnya wuduk ialah sama ada anda terkentut atau bercakap dengan sengaja.

Jangan malu untuk keluar daripada saf jika anda terbatal wuduk akibat terkentut. Islam sendiri bahkan mengajarkan adab untuk keluar daripada saf dengan cara yang tidak memalukan anda. Terdapat sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Saidatina ‘Aisyah RA:

إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ

Maksud: “Jika salah seorang daripada kamu terkentut sewatu solatnya, maka hendaklah dia memegang hidungnya lalu beredar.” (Hadis Riwayat As-Suyuti, no. 362)

Menurut perbahasan ulama seperti Imam Al-Khattabi, perbuatan memegang hidung itu bukan bermaksud menutup bau busuk kentut tersebut, namun memegangnya seolah-olah hidung anda sedang berdarah dan untuk mengelakkan daripada perasaan malu. Dalam Islam, ia digelar sebagai tauriyah, iaitu sebuah ucapan atau perbuatan yang mempunyai banyak makna.

Kentut dilakukan oleh semua orang. Menurut kajian, manusia akan mengeluarkan kentut sebanyak 14 kali sehari. Ia berasal daripada gas di dalam usus dan udara yang direlan yang menimbulkan reaksi kimia.

Kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida. Kandungan gas ini akan menyebabkan kentut berbau bergantung kepada kadarnya. Salah satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa gas tersebut boleh mencegah kerosakan mitokondria.

Mitokondria adalah struktur sel yang paling penting dalam menjana tenaga dalam tubuh. Kerosakannya adalah disebabkan oleh serangan jangkitan kuman sama ada virus atau bakteria yang boleh menyebabkan pesakit berasa lemah dan tidak bertenaga.

Disebabkan itu, dari sudut kesihatan, kita dilarang untuk menahan kentut kerana ia boleh menyebabkan tahap kesihatan kita merosot. Begitu juga dalam solat. Menahan kentut ketika solat adalah makruh hukumnya.

Imam Nawawi menyebut – menahan membuang air besar, air kecil dan juga kentut boleh menyebabkan hati yang tidak fokus di dalam solat.

لاَ صَلاَةَ بِحَضْرَةِ الطَّعَامِ وَلاَ وَهُوَ يُدَافِعُهُ الأَخْبَثَانِ

Maksud: “Jangan solat ketika makanan (yang hendak dimakannya) sedang tersedia, dan jangan solat dalam keadaan menahan buang air besar dan air kecil.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 60)

Rujukan:
Mufti Wilayah
Live Science


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami