Gaya Hidup

Lalai Dengan Kehidupan Dunia – Adakah Tanda Ini Ada Pada Anda

Oleh Fizah Lee  •  4 Jan 2021  •  2 min baca

Kehidupan manusia ada pasang surutnya. Begitu juga dengan iman, ada naik turunnya. Sebab itu, manusia dididik untuk sentiasa menjaga hati mereka dengan mengingati Allah.

Mengingati Allah merupakan salah satu cara untuk menjadikan diri kita sentiasa bertakwa kepada Allah dengan melakukan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Kita juga mengetahui bahawa hakikat dunia ini adalah negeri yang sementara, maka jika seseorang manusia itu memanfaatkan dunia dengan menyibukkannya kepada ketaatan, ia akan termasuk sebagai orang yang beruntung.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّـهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Surah Imran, 3:102)

Namun, tidak dinafikan, kadang-kadang manusia leka dan lalai dengan permainan dunia. Kelekaan itu, jika tidak dibendung akan menyebabkan kemudaratan dan kerugian yang lebih besar lagi.

Apakah tanda-tanda manusia sedang dirudung kelalaian?

#1 – Malas dan ingin terus berehat sedangkan kita meyakini bahawa rehat yang hakiki adalah di akhirat kelak

#2 – Hanya bersemangat dalam mencari hiburan dunia dan melepaskan akhirat

#3 – Menganggap dosa sebagai sebuah perkara yang biasa sedangkan dosa yang kecil juga boleh menjadi besar, maka ia tidak boleh dipandnag remeh

#4 – Sentiasa mengikuti hawa nafsu

#5 – Terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan ibadah

Sibuk dengan kehidupan dunia ini menjadikan manusia terlalu mengejar dunia sehingga menjadikan ia sebagai tujuan, sedangkan tujuan kepada kehidupan manusia adalah Allah SWT.

Tidak salah untuk mencari rezeki agar menjadi orang yang kaya, namun kaya bagaimana yang anda perlu jadi. Adakah kaya yang boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling atau kaya yang merugikan diri sendiri.

Sebagaimana kata ahli ilmu – “Dunia adalah ladang untuk akhirat.”

Justeru, jangan dilalaikan dengan dunia sehingga meninggalkan Allah, sebaliknya lakukanlah perkara yang diredai Allah sehingga dunia mengikutimu.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami