Berita

Kuliah Dan Solat Duha Dibenarkan Bermula Hujung Minggu Ini

Oleh Natirah Azira  •  1 Jul 2020  •  1 min baca

Kerajaan akan membenarkan kuliah dan solat Duha kembali dilaksanakan di masjid dan surau bermula hujung minggu ini.

Terdahulu, kuliah yang dibenarkan hanya terhad kepada kuliah Maghrib dan Subuh sahaja dengan masa yang terhad, namun kali ini, kelas mengaji dan fardu ain juga boleh dijalankan.

Selain itu, tazkirah sebelum solat Jumaat juga dibenarkan bergantung kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini (3 Julai).

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara ini diputuskan susulan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan aktiviti-aktiviti itu diadakan di masjid dan surau.

Walau bagaimanapun, kebenaran ini masih tertakluk kepada pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut saiz dan kapasiti masjid.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami