Oleh Tim Tazkirah • 19 Jul 2018 • 6 min baca
China tidak membiarkan usahanya untuk menghapuskan bukti populasi masyarakat Islam Uighur yang berada di negeri Komunis yang dipanggil sebagai Wilayah Autonomi Xinjiang Uighur. Kawasan ini dikenali sebagai Turkistan Timur oleh 12 juta penduduk Uighur, sebuah negeri yang merdeka sehinggalah China mula menduduki dan menjajahnya pada tahun 1949.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, hampir tiada maklumat yang keluar dari wilayah pendudukan China yang dikawal ketat, kita mengetahui bahawa China menggunakan kaedah yang kejam untuk menghapuskan apa jua sisa-sisa kebudayaan Uighur.
Langkah-langkah ini termasuklah pengharaman penggunaan sebarang ungkapan Islam di Xinjiang. China bukan sahaja menutup masjid, malah turut mengharamkan semua teks Islam, termasuk Al-Quran, manakala nama-nama berbunyi Islam juga dilarang, dan juga janggut dan pakaian yang memperlihatkan kepada ajaran Islam.
Baru-baru ini, China telah mewajibkan semua orang Islam Uighur yang memiliki motosikal dan kereta dipasang dengan alat peranti penjejakan GPS, agar pihak berkuasa boleh memantau sesiapa sahaja orang Uighur pada bila-bila masa.
Jika anda beranggapan ini seperti novel futuristik mengenai distopia, maka anda harus menerima bahawa polis China di wilayah itu telah dilengkapi dengan “kaca mata pintar” yang menggunakan perisian pengenalan muka untuk mengenal pasti orang Islam Uighur di kereta api, bas dan tempat awam.
Dihubungkan ke pengakalan data, “kaca mata pintar” direka untuk memberitahu pegawai rondaan apabila seorang Islam Uighur bergerak melangkaui ‘kawasan selamat” yang dibenarkan, iaitu rumah atau tempat kerja.
Namun, langkah-langkah ini seumpama titik kecil di hujung bongkah ais. Masyarakat Islam Uighur yang enggan untuk melepaskan identiti Islam akan dipaksa untuk memasuki kem yang disebut China sebagai “kem pendidikan semula” yang direka untuk menukar Islam Uighur kepada ideologi rasmi negara : Ateisme.
“Kami menyasarkan orang-orang yang beragama…..sebagai contoh, mereka yang mempunyai janggut walaupun masih muda,” pengakuan seorang pegawai China dalam satu laporan.
Berdasarkan laporan daripada pemerhati hak asasi manusia, China telah mengarahkan para pegawainya di Xinjiang untuk menghantar hampir separuh populasinya ke “kem pendidikan semula”. Bagi sesiapa yang menentang program indoktrinisasi China, akan dipenjara atau terpaksa melarikan diri.
Sungguh mencemaskan, hari ini laporan ini sedikit sebanyak menerangkan tindakan yang menakutkan terhadap masyarakat Islam Uighur di Timur Turkistan.
Temu bual saya yang dikendalikan bersama-sama beberapa orang pelarian Islam Uighur yang melarikan diri daripada penyiksaan dan berkemungkinan terbunuh di tangan kerajaan China telah mengesahkannya.
Apabila saya bercakap dengan Sadam Musapir, seorang Islam Uighur yang berjaya mendapatkan status perlindungan suaka pada tahun 2017 ketika memegang visa pelajar di Australia, dia memberitahu saya bahawa, kini memenjarakan mana-mana masyarakat Islam Uighur yang cuba keluar negara. Isteri dan anaknya yang berusia sembilan bulan menderita dengan tindakan itu, hanya kerana pihak berkuasa takut dunia akan mengetahui secara terperinci dan meluas mengenai kempen yang dirancang oleh China untuk membasmi kebudayaan masyarakat Uighur.
“Dalam masa 60 hari dari sekarang, apabila anak lelaki saya, yang saya belum lihat berusia satu tahun, China akan memenjarakan isteri saya selama lima tahun, dan anak saya akan dijual kepada agensi anak angkat,” Musapir memberitahu saya.
Ketika saya bertanyakan kenapa China mengambil tindakan ini terhadap isteri dan anaknya, dia menerangkan bahawa mereka menangkapnya kerana cuba meninggalkan negara itu untuk bersama-samanya di Australia. “China mendesak agar dunia tidak tahu apa yang berlaku di sana [Xinjiang],” kata Musapir.
Kisah beliau sama seperti kisa Seven Zhang, seorang Islam Hui yang kini tinggal di Amerika Syarikat. Zhang menjelaskan kepada saya bahawa isterinya telah ditangkap dan secara salah dituduh melintasi sempadan secara haram pada 18 Jan, 2016, dan dibawa ke Jabatan Polis Jinwuhzen. Kurang daripada 4 minggu selepas ditahan, isteri Zhang yang menderita kanser jatuh koma selepas diseksa dan menderita kesakitan.
Dalam beberapa minggu dan bulan selepas kematian isterinya, Zhang telah menuntut keadilan dari kerajaannya, namun, Zhang menuduh pihak berkuasa China cuba membunuhnya dalam keadaan yang dia gambarkan sebagai “memanipulasikan kemalangan motosikal”, bukannya ganti rugi ataupun perbicaraan.
Apabila saya bertanyakan apa yang dia maksudkan “memanipulasikan kemalangan jalan raya”, dia memberitahu saya bahawa ia satu kaedah biasa yang digunakan oleh pihak berkuasa China untuk mengelakkan kritikan, melakukan pembunuhan seolah-olah kemalangan motosikal.
Takut keselamatan dirinya, Zhang melarikan diri dari China ke Amerika Syarikat pada tahun 2017, membolehkan dia masih hidup sehingga sekarang, namun masih berasa takut negara asalnya akan datang untuk membalas dendam.
Usaha China untuk menutup terhadap apa yang berlaku di Xinjiang juga telah didokumentasikan oleh The Washington Post, memperincikan dengan panjang lebar bahawa pihak berkuasa China sanggup untuk menutup mulut mereka yang mendedahkan usaha mereka menghapuskan populasi masyarakat Islam Uighur.
“Perkhidmatan Keselamatan China telah menahan beberapa orang saudara dekat empat wartawan yang bekerja dengan Radio Pembebasan Asia yang berpejabat di AS dalam cubaan yang jelas bertujuan untuk menakut-nakutkan atau menghukum mereka kerana liputan mereka mengenai wilayah majoriti Islam Xinjiang,” tulis The Washington Post. Salah seorang saudara mereka yang ditahan berkata,“Pihak berkuasa China telah menghubungi ahli keluarga yang berada di Xinjiang, mendesak mereka agar dia berhenti berhubung dan melaporkan kejadian di wilayah ini.”
Walaupun komuniti dunia mengetahui mengenai tindakan yang tidak berperikemanusiaan China terhadap masyarakat Uighur, badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah gagal untuk campur tangan atau mengutuk keras.
Sikap berdiam diri global ini boleh dianggap sebagai sebahagian tanggungjawab China yang cuba mengaitkan aspirasi Islam Uighur untuk pembebasan sebagai perang terhadap keganasan dengan China berjaya meyakinkan Amerika Syarikat dan sekutunya bahawa sama seperti mereka, berperang dengan “radikal Islam”.
Namun kini, terdapat tanda-tanda dunia mulai sedar dengan permainan China, malah wakil Amerika Syarikat di PBB bagi urusan ekonomi dan sosial, menuduh kerajaan China menghalang aktivis Uighur memasuki ibu pejabat PBB di New York pada Mei, seperti yang dilaporkan oleh Foreign Policy.
“Ini adalah hari paling sedih dan mengecewakan,” Kellie Currie, wakil AS, memberitahu wakil-wakil PBB, menuduh China cuba untuk menyembunyikan penyeksaan minoriti Uighur dengan menuduh aktivis Uighur, Dolkun Isa, sebagai pengganas.
Currie mencemuh kenyataan China tidak masuk akal, berkata “Jika En. Isa merupakan pengganas yang sebenar….adakah anda berfikir secara serius bahawa kami akan menjemput [dia] ke negara ini dan membiarkan dia untuk berjalan? Jangan ganggu saya!” – sambil menyatakan bahawa AS telah memberikan visa ulang-alik selama 10 tahun kepada aktivis Uighur.
AS telah dilihat oleh kuasa Asia sebagai sekutu dalam “peperangan terhadap keganasan” telah arus telah berubah, dan hanya satu harapan iaitu komuniti antarabangsa akan menekan China bagi membolehkan 12 juta Islam Uighur tinggal di tanah mereka dengan aman.
Penulis: CJ Werlemen/ Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: The New Arab
Kredit Gambar:Stringer/Anadolu Agency/Getty Images
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.