Inspirasi

Kita Belajar Tentang Sabar Hanya Dengan Cara Sukar

Oleh Natirah Azira  •  2 Mar 2019

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan – dibawakan oleh TheMercifulServant)

وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

Allah mengucap tahniah kepada orang yang sabar. Mengapa? Kerana sikap seorang mukmin berbeza apabila berhadapan dengan kesukaran.

Mungkin kita fikir apabila menghadapi masalah, fokus utama kita adalah apa yang sepatutnya kita dapat sedangkan sebenarnya Allah hanya ingin mengajar kita tentang sabar. Itu matlamat sebenarnya.

Setiap apa yang kita dapat dalam dunia ini adalah hadiah dan anugerah daripada Allah. Jika kita tidak mendapatnya, bermakna ia bukan milik kita.

Ajarkan lidah kita melakukan dua perkara ini apabila diri sendiri atau orang lain ditimpa kesusahan:

1. Sebutkan “Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun” (Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali).

2. Jangan berkata kepada orang lain bahawa kesusahan yang menimpa mereka adalah kerana Allah murka atau benci. Kita tidak ada hak untuk memberi sebab mengapa sesuatu itu terjadi. Ucap sahaja ucapan di atas apabila sesuatu yang buruk berlaku.

Sesungguhnya kesabaran hanya benar-benar dapat dipelajari apabila kita diuji dengan kesusahan, bukan apabila kita bersenang-lenang. Maka, setiap kali kita diuji di masa hadapan, yakinlah bahawa Allah sedang mengajar kita tentang sabar dan ingin memberi pahala sabar yang sangat besar.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami