Berita, Ibadah

Kit Panduan Hari Raya Di Rumah Oleh JAKIM

Oleh Fieyzah Lee  •  24 May 2020  •  3 min baca

Rata-rata umat Islam sudah mula mempersiapkan diri untuk menyambut 1 Syawal. Walaupun raya kali ini agak berbeza, ada yang dapat beraya bersama keluarga, ada juga yang beraya di perantauan dan ada yang memilih untuk tidak beraya, namun 1 Syawal tetap perlu dirai.

Ia merupakan perayaan umat Islam yang telah mula disyariatkan pada zaman Baginda SAW bagi menggantikan amalan kaum Arab Jahiliyyah sekali gus meraikan kemenangan umat Islam setelah sebulan menahan diri dari hawa nafsu.

Walau apa pun cara yang anda bakal lalui untuk perayaan tahun ini, yang paling penting ialah menjaga diri dan keselamatan agar tidak terjangkiti daripada wabak virus.

JAKIM ada menyediakan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB bagi dijadikan panduan kepada umat Islam untu menyambut hari raya di rumah masing-masing dan dalam masa yang sama tidak melupakan syariat Islam yang diajar.

Berikut merupakan amalam yang dituntut pada hari raya Aidilfitri yang terkandung dalam Kit Panduan tersebut;

#1 – Takbir Raya

Umat Islam dituntut untuk memperbanyakkan takbir raya bermula pada waktu Maghrib sehingga selesai Solat Sunat Hari Raya.

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

(Diulang tiga kali)

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

#2 – Zakat Fitrah

Zakat Fitrah wajib ditunaikan sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya aidilfitri.

#3 – Mandi Sunat Hari Raya

Mandi pada pagi hari raya sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya. Hukumnya adalah sunat. anda boleh meniatkannya dengan lafaz niat berikut:

Maksud: “Sahaja aku mandi sunat Hari Raya Aidilfitri kerana Allah Ta’ala.”

#4 – Memakai Pakaian Terbaik

Tidak semestinya memakai pakaian baru. Anda boleh juga memakai pakaian terbaik yang ada. Pada hari ini, anda disunatkan berhias, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik pada hari raya.

#5 – Makan Sebelum Solat Sunat

Sebelum menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri, anda disunatkan untuk menjamah sedikit hidangan.

#6 – Ucapan

Mengucapkan tahniah dengan ucapan selamat hari raya adalah diharuskan. Walaupun anda tidak berjumpa dengan saudara-mara atau jiran tetangga, namun anda boleh mengucapkannya melalui teknologi-teknologi yang disediakan.

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ

Maksud: “Sempga Allah menerima kami dan amalan kamu.”

#7 – Solat Sunat Hari Raya

Solat sunat Hari Raya adalah sama dari segi rukun dan syarat solat fardu, kecuali perkara sunat yang ditambahkan, iaitu bertakbir sebanyak tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat kedua disertai dengan tasbih pada tiap-tiap takbir.

Solat boleh disertakan tanpa khutbah raya. Ia adalah sah kerana hukumnya adalah sunat.

#8 – Khutbah Hari Raya

Khutbah boleh disampaikan selepas selesai menunaikan solat sunat hari raya.
Ia dimulai dengan takbir sebanyak sembilan kali pada khutbah pertama dan tujuh kali pada khutbah kedua secara berturut-turut.

Apabila menyampaikan khutbah raya di rumah, tidak mengapa jika tiada mimbar dan tongkat. Memadai sahaja dengan kerusi atau tempat duduk bagi imam duduk sebentar antara dua khutbah.

Anda boleh memuat turun teks khutbah di mana-mana laman dan portal yang menyediakannya seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia atau Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri di seluruh Malaysia.

#9 – Ziarah Hari Raya

Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada hari raya pertama sahaja dengan tidak melebihi 20 orang sehari.

anda boleh menziarah hanya ahli keluarga terdekat sahaja. Setiap individu perlu mengamalkan penjagaan kebersihan dan amalan kesihatan dengan menggunakan face mask dan hand sanitizer. Jangan lupa untuk mengamalkan penjarakan sosial.

#10 – Ziarah Kubur

Aktiviti menziarah kubur adalah tidak dibenarkan. Bacaan Yaasin dan tahlil boleh diadakan di rumah bersama ahli keluarga sahaja selepas selesai solat sunat Aidilfitri bagi menggantikan amalan menziarah kubur.

Kesimpulan

Kit panduan ini telah disediakan oleh JAKIM sebagai garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk beraya di musim COVID-19 ini.

Walaupun raya tahun ini berbeza dari segi sambutannya, namun syariat dalam sunnah beraya tidak boleh dilupakan.

Semoga raya tahun ini juga tetap memberi seribu satu makna buat kita semua.

Rujukan
Kit Panduan JAKIM


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami