Tokoh

Kisah Taubat Fudhail bin Iyadh oleh Syeikh Dr Ramadan Al-Buti

Oleh Natirah Azira  •  25 Feb 2019

(Video diatas disampaikan oleh Syeikh Dr Ramadan Al-Buti)

Imam Fudhail bin Iyadh dulu pada masa mudanya adalah seorang yang jauh dari Allah, dan sering melakukan kesalahan. Namun akhirnya beliau menjadi seorang yang dekat dengan Allah, berkat hidayah yang menyentuh hatinya kerana satu ayat:

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka” (Surah Al-Hadid 57:16)

Pada suatu hari sewaktu mengerjakan ibadah Haji, dan ketika sedang duduk di Arafah di antara orang-orang yang berdoa dan menangis, beliau hanya duduk termenung menongkat dagu. Dan apabila orang ramai mula bergerak untuk berangkat ke Mina, beliau bangun lantas berkata;

“Betapa malunya aku padaMu Ya Allah, sekalipun kalau Engkau telah mengampunkan dosaku”

Apa maksud kata-kata ini?

Beliau tahu bahawa Allah telah mengampunkan dosanya, namun beliau teramat malu mengenangkan dosanya pada waktu muda dan betapa jauhnya dirinya daripada mengenali Allah.

Itulah bukti taqwa – hati yang benar-benar merasakan keagungan dan kebesaran Allah.

Sumber video: Mutarjim Clip


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami