Inspirasi

Kisah Kita Tidak Sama. Bersyukur Adalah Jawapan Terbaik

Oleh Ahmad Saifuddin  •  12 Feb 2016  •  2 min baca

Ini adalah sekolah agama rakyat bantuan kerajaan negeri yang berhampiran rumah saya. Tuan puan yang selalu menderma melalui tabung yang saya buka, inilah sekolahnya.

Gambar ini saya tangkap sendiri melalui telefon saya. Saya panjat bukit di belakang sekolah ini. Tuan tanah sedang proses penanaman ladang kelapa sawit.

Sebelum gambar ini diambil, saya selalu berkunjung di waktu petang ke asrama perempuan sekolah ini melihat keadaan pelajar.

Seorang pelajar tingkatan satu menarik perhatian saya. Wajahnya nampak lebih matang berbanding rakan sekelasnya yang lain.

Saya bertanya kepadanya beberapa soalan, “Awak masih ada adik lagi?”

Dia menjawab, “Ada dua orang lagi.”

“Awak tinggal dengan siapa?”

“Dengan kakak saya.”

“Ayah awak.” Saya sedikit hairan.

“Ayah saya dah tak ada selepas mak saya tak ada dua tahun lalu.”

Saya tergamam seketika. Dalam usia begini, hilang semua kasih sayang.

Saya tanya lagi, “Siapa yang kerja?”

Dia jawab, “Kakak saya, tapi dia mahu berhenti kerja. Nak jaga adik saya ada pembedahan.”

Saya terkedu seketika.

“Tak mengapa, abang saya pun kerja.”

Saya sudah serba salah. “Abang kerja apa?”

“Drebar lori,” jawabnya tanpa segan silu.

Saya tiada soalan lanjut. Saya cuma diam seribu bahasa. Apa pun, kisah kita tidak akan sama.

Hampir setiap hari saya teringatkan cerita pelajar itu. Saya tahu betapa dia merindui ibu dan ayahnya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ahmad Saifuddin

Ahmad Saifuddin

Salah seorang Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Sedang menjalankan kajian hadith dan sirah dari aspek psikologi, motivasi, bisnes dan marketing. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Pengajian Hadith di Universiti Malaya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami