Inspirasi, Sejarah

Kisah Kejujuran Yunus Bin Ubaid Dan Pengajaran Darinya

Oleh Fizah Lee  •  19 Oct 2020  •  3 min baca

Ada seorang saudagar perhiasan pada zaman Tabiin yang bernama Yunus bin Ubaid. Pada suatu hari, ketika beliau ingin solat, beliau menyuruh saudaranya untuk menjaga kedainya. Ketika itu, datanglah seorang Arab Badwi yang hendak membeli permata dari kedai itu.

Ada satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli olehnya yang bernilai dengan harga empat ratus dirham. Lalu, apabila ditanya kepada saudara Yunus tadi, beliau menunjukkan barang yang sama seperti yang dimintanya. Tetapi harganya ialah dua ratus dirham sahaja. Arab Badwi tersebut membeli barang tersebut dengan harga empat ratus dirham.

Di tengah jalan, Yunus terserempak dengan Arab Badwi tersebut lalu bertanya akan permata yang dibelinya. Yunus amat mengenali bahawa permata itu datang dari kedainya.

Kemudian, Yunus bertanya kepadanya: “Kamu beli permata ini dengan harga berapa?”

Arab Badwi tadi kemudian menjawab: “Empat ratus dirham.”

Kemudian, Yunus bertanya lagi: “Tetapi harga sebenarnya cuma dua ratus dirham sahaja. Mari ke kedai saya semula supaya saya dapat mengembalikan wangnya.”

Arab Badwi itu menjawab lagi: “Tidak mengapa. Harganya adalah berbaloi dengan barang yang aku beli. Jika di kampungku, harganya melebihi lima ratus dirham.”

Tetapi Yunus tidak mahu melepaskan Arab Badwi itu pergi. Dia tetap mendesaknya untuk kembali ke kedainya. Lalu, Arab Badwi itu aku dan wang tersebut dikembalikan.

Kemudian, apabila Arab Badwi itu pulang, Yunus terus bertanya kepada saudaranya yang menjualkan permata itu;

“Apakah kamu tidak malu dan takut kepada Allah atas perbuatanmu menjual barang tadi dengan harga dua kali ganda?”

Saudaranya menjawab kerana ingin mempertahankan dirinya: “Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga empat ratus dirham.”

Kemudian, Yunus berkata lagi: “Ya, tetapi di atas belakang kita terpikul saty amanah untuk memperlakukan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri kita sendiri.”

Pengajaran Yang Boleh Diambil

Apa pengajaran yang boleh diambil daripada kisah ini? Kejujuran. Ia adalah salah satu sifat yang perlu ada dalam kehidupan kita.

Dengan kejujuran, hidup kita akan tenang dan apa yang kita lakukan akan diberkati Allah.

Kita melihat perilaku Yunus bin Ubaid yang sangat jujur kerana beliau percaya bahawa Allah itu Maha Melihat dan Mengetahui apa yang dilakukannya.

Walaupun harga jualan yang dijualnya menyamai dengan kualiti barang yang mahal, namun beliau tidak dibutakan dengan perkara tersebut sebaliknya terus bersikap jujur dan menjual dengan harga yang sama.

Sama ada anda seorang ahli usahawan, pekerja pejabat mahupun pelajar, kejujuran itu penting dan perlu diterapkan dalam diri anda.

Maksud: “Penjual dan pembeli memiliki hak khiyar (pilih) selama mana mereka belum berpisah. Apabila keduanya jujur dan saling menjelaskan, maka mereka akan diberkati di dalam jual beli mereka. Apabila mereka berdusta dan saling menyembunyikan (cacat), maka akan dilenyapkan keberkatan jual beli mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2079)

Wallahu a’alam

Rujukan:
Buku Mutiara Hikmah 2 – Kisah Kejujuran Saudagar Permata


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami