Sejarah

Kisah Harut & Marut Dalam Surah Al-Baqarah

Oleh Fizah Lee  •  10 Dec 2019  •  2 min baca

Pernah dengar kisah Harut dan Marut yang mengajarkan sihir pada zaman Nabi Sulaiman? Jika anda masih ingat juga, kisah Nabi Sulaiman sangat sinonim dengan mukjizatnya (kelebihan) untuk bercakap dengan jin dan binatang serta mengetahui mengenai sihir.

Diceritakan bahawa Harut dan Marut merupakan dua malaikat yang dihantar oleh Allah untuk menguji hambaNya pada zaman Nabi Sulaiman dengan ajaran sihir.

Walau bagaimanapun, menurut pendapat jumhur ulama, tugas mereka bukanlah untuk mengajarkan sihir walaupun mereka tahu dan mempunyai ilmu sihir, namun disebabkan kedegilan manusia pada waktu itu yang melihat sihir sebagai sebuah kuasa besar, akhirnya ramai yang sesat dan menggunakannya ke arah yang terpesong.

Sebahagian ulama berpendapat bahawa mereka ialah manusia yang datang mengembara ke Negeri Babylon bagi mengajarkan sihir.

Walau bagaiamanapun, pendapat ini ditolak kerana sebahagian jumhur ulama mengatakan bahawa mereka ialah malaikat yang diutuskan Allah.

Hal ini ada dijelaskan di dalam Al-Quran berkenaan siapa Harut dan Marut.

وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَىٰ مُلْكِ سُلَيْمَانَ ۖ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـٰكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ ۚ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّىٰ يَقُولَا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلَا تَكْفُرْ

Mafhum: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya).”(Surah Al-Baqarah, 2:102)

Terdapat banyak kisah yang diceritakan mengenai Harut dan Marut seperti sihir yang diajarkan mereka adalah semuanya sihir perosak dan mereka sukarela menurunkan ilmu tersebut kepada orang.

Walau bagaimanapun, kisah-kisah tersebut adalah penceritaan Israiliyyat kerana tiada hadis yang sahih berkenaan ini mahupun dari kalam Allah.

Ilmu sihir yang diajarkan merupakan ilmu yang tidak terpesong. Sebaliknya mereka yang mengamalkannya telah mencampur-adukkan dengan perkara yang batil. Disebabkan itu, sihir tersebut menjadi sihir yang boleh memporak-perandakan rumah tangga dan hubungan suami isteri.

Tidak banyak penceritaan berkenaan mereka yang dibahaskan oleh jumhur ulama, namun dapat kita simpulkan bahawa mereka ialah malaikat yang mempunyai ilmu sihir dan diutuskan oleh Allah sebagai ujian kepada manusia.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Kajian Mengenai Harut Dan Marut
Muslim.Or.Id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami