Sejarah

Kisah Gempa Bumi Yang Pernah Terjadi Pada Zaman Saidina Umar

Oleh Fizah Lee  •  6 Apr 2020  •  3 min baca

Kejadian gempa bumi banyak berlaku di negara-negara yang terdedah seperti Jepun. Ia diakibatkan oleh gegaran bumi hasil daripada perlepasan tenaga yang sangat cepat.

Gelombang yang dikenali sebagai gelombang seismos bergerak pada semua arah daripada punca yang dikenali sebagai fokus. Titik pada permukaan fokus inilah yang dikenali sebagai pusat gempa bumi.

Ia biasanya berlaku sepanjang sesar (retakan memanjang) dalam bumi sewaktu pembalikan elastik dan akan memberikan impak yang sangat besar.

Kita dapat lihat sejarah yang pernah berlaku akibat daripada gempa bumi ini telah memusnahkan bukan sahaja harta benda tetapi juga mampu meragut nyawa.

Pada 17 Februari 1996, sebuah kejadian gempa yang berlaku di Papua dengan kekuatan magnitud sebanyak 8.2 telah mengguncang pulau-pulau di sekitarnya. Kejadian tersebut telah mencatatkan angka 108 orang yang meninggal dunia dengan 423 orang yang cedera dan juga 58 orang yang dinyatakan hilang selain daripada ribuan rumah yang hancur.

Di Jepun, tanggal 11 Mac 2011 telah terjadinya gempa bumi berukuran 9.0 skala ritcher yang telah menyebabkan lebih 18 000 penduduk tempatan terkorban dan banyak kediaman yang musnah.

Banyak lagi kejadian gempa bumi yang dicatat dalam sejarah. Ia bukanlah benda yang baru kerana ia sudah dicatatkan berlaku sejak berzaman lagi.

Bahkan, pernah diriwayatkan bahawa kejadian gempa bumi pernah berlaku pada zaman Saidina Umar AS.

Iktibar Yang Boleh Dipelajari

Gempa ini dicatatkan berlaku ada zaman pemerintahan Khalifah Saidina Umar Al-Khattab sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abid Dun-ya dalam Manaqib Umar.

Gempa ini diceritakan sehinggakan gunung-gunung runtuh dan mengakibatkan banyak kemusnahan.

زُلْزِلَتِ الأَرْضُ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ حَتَّى اصْطَفَقَتِ السُّرُرُ فَوَافَقَ ذَلِكَ عَبْدَ اللهِ بْنَ عُمَرَ وَهُوَ يُصَلِّي فَلَمْ يَدْرِ ، قَالَت : فَخَطَبَ عُمَرُ لِلنَّاسِ فَقَالَ : أَحدَثْتُم لَقَدْ عَجِلْتُمْ ، قَالَت : وَلاَ أَعْلَمُهُ إِلاَّ قَالَ : لَئِنْ عَادَتْ لأَخْرُجَنَّ مِنْ بَيْنِ ظَهْرَانِيكُمْ

Maksud: “Bumi bergegar pada zaman pemerintahan Umar sehingga katil-katil turut bergegar. Gegaran itu turut berlaku pada Abdullah bin Umar yang mana pada ketika itu beliau sedang menunaikan solat. Beliau tidak perasan tentang keadaan tersebut. Kata Safiah: “Apa yang telah kalian lakukan? Sesungguhnya kalian telah bersegera (melakukan maksiat).” Kata beliau lagi: “Aku tidak tahu melainkan beliau berkata; “Jika gempa ini berlaku lagi, aku akan keluar dari hadapan kalian (segera keluar).” (Hadis Riwayat Baihaqi, no. 6604)

Kebanyakan riwayat kisah ini adalah melalui Ubaidullah bin Umar. Beliau merupakan salah seorang daripada Tabi’in kecil dan fuqaha di Madinah.

Menurut perbahasan ulama, kisah gempa bumi ini adalah sahih dengan merujuk kepada beberapa sanad seperti Ubaidullah bin Umar dan melalui beberapa riwyaat seperti riwayat Ibnu Numair dan riwayat Sufiyan bin Uyainah.

Menurut sahabat, iaitu Kaab bin Malik – “Tidaklah bumi itu bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gementar kerana takut penciptanya melihatnya.”

Jumhur ulama juga berpendapat bahawa, Allah menghantarkan ingatan dan amaran kepada hambaNya dalam pelbagai bentuk sama ada ujian kecil mahupun ujian besar. Maka, gempa bumi merupakan salah satu daripada peringatan Allah kepada hambaNya agar segera berpaling daripada maksiat yang dilakukan.

Tidak dapat dinafikan, apabila wujudnya keadaan yang boleh menyebabkan bumi bergoncang, maka ia akan terjadi. Namun, dalam masa yang sama ia adalah sebagai salah satu tanda untuk kita tidak alpa.

Manusia itu sifatnya adalah pelupa dan perlu sentiasa ada yang memperingatkan. Justeru, ini merupakan salah satu cara Allah menghantarkan peringatan kepada kita.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Earthquakes Observing
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami