Sejarah

Kisah Baginda Bergurau Dengan Sahabat

Oleh Fizah Lee  •  25 Oct 2019  •  2 min baca

Islam tidak mengharamkan umatnya untuk bergurau senda kerana ia merupakan antara manisan dalam kehidupan. Malah, menurut pakar-pakar psikologi mengatakan bahawa hidup yang tiada gurauan cenderung untuk mengalami tekanan.

Namun, Islam melarang kita untuk bergurau secara berlebih-lebihan sehingga wujudnya penipuan atau mengguris hati manusia lain.

Malah, Rasulullah SAW akan menganjurkan umatnya untuk melakukan jenaka yang berasas dan bukannya berlebihan untuk mengelakkan daripada banyak ketawa.

Menurut Imam Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin, jilid 4 menyebut bahawa; “Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.”

Gurauan itu juga dikatakan mampu menguatkan kasih sayang dan mengeratkan silaturahim, namun perlu berhati-hari kerana bimbang boleh menyebabkan pertengkaran apabila tidak menitikberatkan perasaan pihak lain.

Rasulullah Bergurau Bersama Sahabat Ketika Makan Kurma

Rasulullah SAW pernah makan kurma dengan para sahabat dan biji-bijinya diasingkan di tempat masing-masing.

Saidina Ali kemudian tersedar bahawa beliau telah makan banyak kurma lalu beliau telah memindahkan sedikit demi sedikit bijinya kepada kelompok biji Rasulullah secara diam-diam.

Saidina Ali RA kemudian berkata: “Wahai Nabi, engkau telah memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang berkumpul di tempatmu.”

Baginda lalu tersenyum dan berkata: “Wahai Ali, kamulah yang telah memakan kurma dengan banyak. Aku memakan kurma dan masih mengasingkan bijinya, namun engkau memakan kurma sekali dengan bijinya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Para sahabat dan Baginda kemudian tertawa dengan gurau senda Baginda ketika itu. Situasi ini menunjukkan Baginda tidak cepat melatah, malah akan turut serta bergurau dengan sahabat.

Kesimpulan

Baginda SAW tidak bergurau perkara yang menimbulkan penipuan atau yang boleh megguris hati manusia sekeliling.

Banyak lagi kisah gurauan Baginda yang mampu membuatkan orang ketawa, namun ia adalah berkisar kepada perkara yang benar-benar sahaja.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Academia.edu


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami