Sejarah

Kisah Abdullah Bin Ubai Yang Munafik Tetapi Jenazahnya Disolatkan Baginda SAW

Oleh Fizah Lee  •  2 Oct 2020  •  3 min baca

Saya pernah mendengar kisah tentang orang munafik pada zaman Baginda SAW, iaitu apabila siang, mereka ialah orang yang paling rajin dan baik dalam menunaikan amal ibadat.

Namun, apabila tibanya waktu malam, terutamanya pada waktu Isyak dan Subuh, kelibat mereka tidak kelihatan.

Pada hemat mereka, jemaah tidak mengetahui perihal tersebut sedangkan Baginda SAW tahu akan perbuatan itu.

Perbuatan inilah yang digelar sebagai munafik. Melakukan ibadah untuk mendapatkan raih dan mata manusia, tidak dilakukan kerana Allah. Ia adalah sifat yang perlu dijauhi kerana dibenci Allah.

Dan salah seorang yang munafik yang cukup terkenal ialah Abdullah bin Ubai. Beliau digelar sebagai pemimpin golongan munafik.

Beliau memainkan peranan sebagai orang yang sentiasa menghina Baginda SAW, mencegah perkembangan Islam dan melagak-lagakan umat Islam pada waktu itu.

Walhal, beliau adalah orang yang sentiasa solat di belakang Nabi SAW. Namun, secara diam-diam, beliau melakukan perkara yang ditegah.

Syeikh Muhammad bin Sholih Al-‘Utsaimin berkata: “Orang munafik itu solat dalam keadaan riak dan sum’ah (ingin dilihat dan didengar orang lain). Pada masa lalu, solat Subuh dan solat Isyak dilakukan dalam keadaan gelap sehingga mereka (orang munafik) tidak menghadirinya. Mereka enggan menghadiri kedua solat tersebut. Namun, waktu solat yang lain dihadiri mereka kerana ramai jemaah yang boleh melihatnya.” (Syarh Riyadhis Sholihin, 5:82)

Baginda Menyolati Jenazah Abdullah

Walaupun Abdullah bin Ubai merupakan seorang munafik, namun beliau mempunyai seorang anak yang sangat alim dan jujur dan bernama Abdullah.

Selepas kematian bapanya, Abdullah datang menemui Baginda SAW dan menyampaikan hasratnya kepada Baginda:

Dari Ibnu ‘Umar RA, katanya: “Ketika ‘Abdullah bin Ubay bin Salul wafat, anaknya Abdullah bin Abdullah datang kepada Rasulullah meminta jubah beliau untuk kafan bapanya. Rasulullah memenuhi permintaan anaknya itu. Kemudian, dimintanya pula supaya Rasulullah menyolatkan jenazah bapanya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2379)

Walau bagaimanapun, perbuatan Baginda SAW ini menimbulkan persoalan daripada para sahabat kerana perbuatan ‘Abdullah bin Ubay yang munafik itu memang sudah diketahui.

Maka, selepas daripada itu, turunlah wahyu daripada Allah SWT:

Mafhum: “(Orang-orang munafik itu) sama sahaj engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun), maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.(Surah At-Taubat, 9:80)

Melalui peristiwa dan wahyu ini, ulama bersetuju bahawa dosa munafik itu sangat besar. Ia adalah sesuatu perkara yang perlu dielakkan dan setiasa perbaharui iman anda bagi mengelakkan daripada wujudnya perasan-perasaan terhadap perbuatan yang dilakukan bukan kerana Allah.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami