Sejarah

Khutbah Pertama Yang Disampaikan Saidina Abu Bakar

Oleh Fizah Lee  •  18 Nov 2019  •  2 min baca

Saidina Abu Bakar dikenali sebagai As-Siddiq, iaitu seorang yang sangat jujur dan tulus kerana sentiasa membenarkan kata-kata Baginda SAW.

Beliau merupakan seorang sahabat yang paling dekat dan sentiasa menyokong serta mempercayai Baginda.

Malah, beliau merupakan antara sahabat yang dimuliakan oleh Nabi SAW, iaitu:

أفضل الناس بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم : أبوبكر وعمر وعثمان وعلي , ثم نكف عن جميع أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إلا بذكر جميل

Maksud: “Manusia yang terbaik setelah Rasulullah SAW adalah Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian Uthman dan Ali. Kemudian, kita wajib menahan lisan kita daripada mencela seluruh sahabat Baginda SAW. Kita tidak boleh menyebut mereka kecuali dengan sebutan-sebutan yang indah.” (Hadis Riwayat Ibn Hiban, no. 3220)

Beliau merupakan khalifah yang pertama diangkat bagi menggantikan Baginda. Perlantikannya dipersetujui ramai kerana sifat kepimpinan dan ilmunya yang tidak dapat disangkal lagi.

Malah, diceritakan bahawa beliau telah menyampaikan khutbah pertama selepas perlantikannya sebagai khalifah bagi memberi peringatan kepada umat Islam dan bukan Islam.

أَيُّها الناسُ فَإِني قد وُلِّيتُ عليكم ولست بخيركم فإِنْ أَحْسَنْتُ فَأَعِينُونِي وإِنْ أَسَأْتُ فَقَوِّمُوني. الصِدْقُ أمانةٌ والكَذِبُ خِيَانَةٌ . والضعيفُ فيكم قويٌّ عندي حتى أرجعَ إليه حقَّه إن شاء اللّه، والقويّ فيكم ضعيفٌ عندي حتى آخذَ الحقَّ منه إن شاء اللّه. لا يَدَعُ قومٌ الجِهادَ في سبيل اللّه إلا خَذَلَهم اللَّهُ بالذُلِّ ولا تَشِيعُ الفاحشةُ في قومٍ إِلا عَمَّهم اللَّهُ بِالبلاءِ. أَطِيعُوني ما أَطَعْتُ اللَّهَ ورسولَه فإِذا عَصَيْت اللَّهَ ورسولَه فلا طاعةَ لي عليكم. قُومُوا إلى صلاتكم يَرْحَمْكُمُ اللّه

Maksud: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah dipilih untuk memimpin kamu semua dan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu semua. Sekiranya aku berbuat baik maka, bantulah aku dan sekiranya aku melakukan kesilapan, maka perbetulkanlah aku. Kebenaran adalah satu amanah dan dusta itu adalah satu pengkhianatan.

Dan orang yang lemah di kalangan kamu semua adalah kuat pada pandanganku sehingga aku berikan hak kepadanya, InsyaAllah. Dan orang yang kuat di kalangan kamu semua adalah lemah pada pandanganku sehingga aku mengambil kembali daripadanya, InsyaAllah.

Janganlah ada sesuatu kaum yang meninggalkan jihad, kecuali Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya. Dan apabila keburukan sudah memenuhi pada sesuatu kaum, maka Allah akan mendatangkan bala kepada kaum tersebut.

Taatlah kepadaku selama mana aku taat kepada Allah dan RasulNya. Tetapi apabila aku melakukan maksiat kepada Allah dan RasulNya, maka tidak wajib kepada kamu semua untuk mentaatiku. Marilah semua mendirikan solat, semoga Allah merahmati kamu semua.”

-(Sirah Ibn Hisyam, 4/240)

Kesimpulan

Khutbah ini dikatakan disampaikan bagi memberi peringatan kepada semua orang bahawa pemimpin itu diikuti bukan kerana namanya pemimpin, namun ia perlu diikuti kerana taatnya mereka pada Alah dan RasulNya.

Wallahu a’alam

Rujukan:
Academia.edu


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami