Berita

Khabib Menang Lagi – Kekalkan Takhta Kejuaraan UFC

Oleh Natirah Azira  •  8 Sep 2019  •  2 min baca

Khabib menang lagi dalam acara Ultimate Fighting Championship (UFC) yang berlangsung semalam sekaligus mengekalkan rekod kemenangan tanpa kalah 28-0 juara lightweight UFC. Istimewanya perlawanan ini tidak seperti pada tahun lepas yang berakhir dengan situasi kekecohan antara beliau dan Conor McGregor. Beliau malah mengambil tindakan bertukar baju dengan lawannya kali ini, Dustin Poirier setelah selesai perlawanan bagi menunjukkan tanda hormat.

Bagi mereka yang tidak meminati sukan gusti, pasti akan tertanya-tanya siapakah Khabib sebenarnya dan mengapa namanya disebut-sebut.

Khabib Nurmagomedov dilahirkan di sebuah pekan dikenali sebagai Dagestan di Rusia. Minatnya terhadap sukan gusti telah bermula sejak berumur lapan tahun. Bapanya, Abdulmanap Nurmagedov yang merupakan seorang bekas tentera adalah jurulatihnya yang pertama.

Dari Dagestan, keluarganya berpindah pula ke Kirovaul dan di rumah baru, ayah nya menjadikan ruang bawah bangunan dua tingkat rumahnya sebagai gim. Selain daripada sukan tinju, Khabib juga menceburkan diri dalam sukan judo dan sukan tempur Sambo.

Khabib mula aktif melibatkan diri dalam sukan seni bela diri campuran dan muncul kali pertama dalam perlawanan sukan ini pada September 2008. Beliau menang empat perlawanan hanya dalam masa satu bulan. Tahun demi tahun, bintang ini terus bersinar.

Pada Oktober tahun lepas, Khabib berjaya mengalahkan Conor McGregor dalam kejohanan UFC 229 dan tahun ini beliau mengalahkan Dustin Poirier di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam acara UFC 242, sekaligus mengekalkan takhta juara dunia lightweight UFC.

“Alhamdulillah, saya tidak tahu mengapa saya dianugerahkan banyak perkara dalam hidup. Terima kasih, Tuhan”

Dia juga berterima kasih kepada seluruh timnya yang banyak membantu hingga berada di tahap ini. Akui beliau, perlawanan ini bukan perlawanan individu, ia adalah perlawanan semua ahli timnya.

Khabib merupakan peninju Muslim yang dilihat komited mengamalkan ajaran Islam. Beliau tidak minum arak, merendah diri dan sentiasa meminta maaf kepada lawannya setelah selesai perlawanan.

“Jika Allah sudah di pihak kita, tidak ada yang mampu melawan, dan kita akan menang” .

Semoga Khabib terus berjaya dalam sukan tinju ini.

Sumber gambar dari si.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami