Tokoh

Ketokohan Seorang Pendakwah Bernama Zakir Naik

Oleh Zulfikar Egar  •  5 Jul 2019  •  2 min baca

Tahukah kita, bagaimanakah dakwah Dr. Zakir Naik amat berkesan? Di sini ingin saya coretkan sedikit perkongsian daripada Saudara Lim Jooi Soon yang merupakan salah seorang anak murid Dr. Zakir Naik.

Diringkaskan, asalnya Dr. Zakir Naik ini merupakan seorang doktor perubatan. Beliau bukan seorang ustaz dan bukan juga seorang al-Hafiz (penghafaz al-Quran).

Tetapi apabila Dr. Zakir Naik ini menonton debat Syeikh Ahmad Deedat, ia telah membuatkan beliau berminat untuk belajar ilmu Perbandingan Agama.

Dr. Zakir Naik tahu, asbab cara berdakwah Syeikh Ahmad Deedat telah membawa berjuta yakni begitu ramai orang menerima Islam. Ertinya, Perbandingan Agama ini merupakan teknik yang paling berkesan untuk berdakwah.

Maka Dr. Zakir Naik telah pergi belajar teknik Syeikh Ahmad Deedat. Dari situlah beliau telah mengembangkan hujah-hujah. Dr. Zakir Naik telah masukkan logik, masukkan sains fiqh, masukkan pendekatan fitrah. Dan beliau juga masukkan juga hujah daripada kitab-kitab.

Dr. Zakir Naik telah masukkan pelbagai hujah dan gunakan bermacam-macam kaedah. Poinnya adalah untuk bagi orang ramai faham.

Saudara Lim Jooi Soon menyatakan. Cara, berhujah dan penyampaian yang digunakan oleh Dr. Zakir Naik ketika berdakwah atau menyampaikan ilmu berbeza dengan cara kita di sini (Malaysia) dalam berceramah.

Maksudnya begini. Bila Dr. Zakir Naik berceramah, beliau akan gunakan lampu (tata cahaya yang baik), ‘sound system’ (yang bagus) serta ada kamera yang dipasang antara 5 hingga 8 buah kamera. Selepas itu Dr. Zakir Naik akan membuat rakaman. Beliau akan buat yang terbaik. Supaya apa?

Supaya beliau boleh rakam dan gunakan atau pancarkan melaui satelit untuk orang ramai satu dunia boleh menonton melalui PeaceTV.

Dr. Zakir Naik tahu bahawa dengan cara macam inilah Islam boleh disampaikan kepada orang bukan Islam dengan cara profesional serta ‘high class’. Berbeza dengan cara kita di sini. Dr. Zakir Naik memang buat seperti ‘high class’ supaya satu dunia orang boleh tengok bahawa Islam itu cantik.

Cara keterangan beliau ketika melakukan penyampaian memang tersangatlah bagus. Sangat berkesan. Bukan sahaja mewarisi cara Syeikh Ahmad Deedat, tetapi beliau telah kembangkan lagi dengan cara yang lebih baik lagi.

Sebab itulah dakwah Dr. Zakir Naik begitu berkesan. Setiap kali Dr. Zakir Naik berceramah. Alhamdulillah, pasti ada sahaja orang yang akan tertarik dengan Islam dan mengucap syahadah. Wallahualam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami