Inspirasi

Ketinggian Peribadi Hamka

Oleh Tim Tazkirah  •  27 Oct 2015  •  2 min baca

Pada Tahun 1964, ulama besar Nusantara, Hamka ditahan secara zalim oleh Presiden Indonesia, Soekarno dengan tuduhan kononnya terlibat dalam perancangan ingin membunuh beliau.

Hamka ditahan tanpa bicara, bahkan buku-bukunya dilarang untuk diedarkan.

Takdir Allah, setelah Hamka dibebaskan, akhirnya Soekarno digulingkan. Beliau ditahan, kehidupannya mulai terasing, lalu dalam keadaan uzur beliau meninggalkan pesan buat orang yang pernah dizaliminya, Hamka. Ia berbunyi,

“Bila aku mati kelak, minta kesudian Hamka untuk menjadi imam solat jenazahku.”

Apabila pesan itu disampaikan, Hamka sangat terkejut. Tanpa berfikir panjang, beliau melawat ke Wisma Yaso, tempat jenazah Bung Karno disemayamkan.

Sesuai dengan wasiat Soekarno, Hamka pun memimpin solat jenazah tokoh yang pernah menghumbankannya ke penjara itu. Dengan ikhlas beliau menunaikan wasiat itu, mereka yang hadir terharu.

Lalu, apakah Hamka tidak menaruh dendam pada Soekarno? Dengan tulus ikhlas beliau mengatakan,

“Aku tidak pernah dendam kepada orang yang pernah menyakitiku. Dendam itu termasuk dosa.

Selama dua tahun empat bulan aku ditahan, aku merasakan itu semua merupakan anugerah yang tiada terhingga daripada Allah kepadaku, sehingga aku mampu menyelesaikan kitab tafsir Al-Qur’an 30 juz (Tafsir Al Azhar).

Jika bukan dalam tahanan, tidak mungkin aku punya waktu untuk menyelesaikan pekerjaan itu.”

Kesimpulannya

Maafkanlah sesiapa pun yang memusuhimu, jangan sesekali menyimpan dendam, ketahuilah bahawa pasti ada hikmah di sebalik segala-galanya


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami