Gaya Hidup

Ketakutan Bukan Musuh, Tetapi Kawan

Oleh Natirah Azira  •  3 Aug 2019  •  3 min baca

Jika seseorang bertanya, apakah yang akan membuatkan anda berhenti dari berusaha mendapatkan apa yang hati anda ingini. Saya pasti antara jawapan yang akan diberikan adalah ‘takut’. Jawapan-jawapan lain yang anda fikirkan berupa jawapan tambahan dan pelengkap kepada jawapan pertama tadi.

Takut memulakan.

Takut mencuba sekali lagi.

Takut menghadapi kekecewaan dan kegagalan yang sama.

Takut dengan pandangan orang.

Dan hal tentang ketakutan ini bukan perkara yang mudah untuk dicerita atau diterangkan. Kerana ia bukan sekadar apa yang difikirkan, tetapi ia perasaan. Ia boleh menjelma dalam pelbagai bentuk.

“Bagaimana untuk membuang ketakutan?”

Begitu soalan yang saya ajukan kepada orang-orang yang saya jumpa. Jawapan yang saya terima pula – pelbagai. Ada yang memberi tips supaya menimbang antara kelebihan dan keburukan. Ada yang menyarankan untuk menyoal diri sendiri – adakah ia benar-benar apa yang diingini, barulah ketakutan dapat diketepikan.

Ketakutan Seperti Api

Jauh di sudut hati, setiap dari kita tahu bahawa ketakutan tidak akan pernah dapat dibuang. Ia hanya akan berubah saiz menjadi besar dan kecil bergantung kepada apa yang kita fikirkan. Seperti bara api, kecilnya dapat menghangatkan badan di musim sejuk. Namun jika terlampau besar, jilatannya mampu meranapkan segala yang ada.

Ketakutan, jika sedikit, ia dapat membuatkan kita berada dalam mode bersedia. Namun jika terlampau besar, ia mampu memakan logik dan kewarasan seterusnya membuatkan kita tidak dapat berfikir dengan terang.

Bagaimana Untuk Menguruskan Ketakutan

Seorang penulis dan pakar motivasi, Lisa Nichols pernah berkata bahawa ketakutan adalah sesuatu yang akan membuatkan seseorang lumpuh.

“Fear is something that can keep you paralyzed”

Ketakutan yang berlebihan akan membuatkan seseorang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan. Ketakutan seperti perasaan dan emosi yang lain, akan menjadi lebih kuat jika kita memberikannya kuasa. Semakin kita memberikannnya lebih perhatian, semakin ia menjadi kuat. Dan paling penting, ketakutan adalah perkara yang belum terjadi dan belum terbukti.

Ia hanyalah prasangka kepada sesuatu yang masih belum wujud.

Ketakutan Bukan Musuh, Tetapi Kawan

Ketakutan bukanlah musuh tetapi kawan. Apabila ketakutan ada, ia seperti memberitahu kita bahawa kita masih dalam perjalanan untuk mendaki puncak yang kita ingini. Kita masih dalam perjalanan ke tempat yang kita ingin tuju. Dan ia memerlukan usaha yang lebih giat lagi.

Kata Lisa, jika kita ingin menunggu ketakutan hilang sepenuhnya, maka kita tidak akan melakukan apa-apa. Apa yang perlu dilakukan adalah memegang ketakutan dan kemahuan bersama-sama. Bayangkan anda memegang ketakutan di tangan kiri, dan kemahuan yang tinggi di tangan sebelah lagi lalu terus berjalan merempuh halangan yang ada di hadapan.
Kerana tidak semua pintu yang tertutup itu sebenarnya terkunci.

“Not every closed door is locked. Just push”

Anda hanya perlu menolak sedikit sahaja lagi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami