Gaya Hidup

Ketahuilah Umur Kita Terlalu Singkat

Oleh Rizal Alhaj  •  2 Jun 2018  •  2 min baca

Saudaraku,
Umur kita terlalu singkat
Hingga Allah SWT mengurniakan Lailatul Qadar bagi menambah umur amal kita

Umur kita terlalu singkat
Allah SWT meminta agar kita mengeratkan silatulrahim untuk memanjangkannya

Umur kita terlalu singkat
Allah SWT mengurniakan puasa enam hari di bulan Syawal umpama berpuasa sepanjang tahun.

Umur kita terlalu singkat
Allah SWT kurniakan kita membaca Surah Al Ikhlas umpama membaca sepertiga Al-Quran

Umur kita terlalu singkat
Allah SWT kurniakan solat di Masjidil Haram seperti solat 100 ribu kali ganda di Masjid lain

Umur kita terlalu singkat
Allah SWT kurniakan kita solat berjemaah nilainya 27 kali ganda daripada solat bersendirian.

Hidup ini terlalu singkat
Allah SWT kurniakan satu huruf bacaan Al-Quran dengan 10 pahala kebaikan

Hidup ini terlalu singkat
Allah SWT kurniakan siapa yang beramal jariah,
Menyebarkan ilmu yang bermanfaat
Menjadikan anak-anaknya soleh dan solehah
Pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.

Wahai diri,
Usia umat Nabi Muhammad SAW rata-rata hanya sekitar 63 tahun hingga 65 tahun
Jika waktu ini usia kita sudah menjangkau 40 tahun bermakna kita ada 20 tahun sahaja lagi malaikat maut akan menjemput kita

Hidup ini terlalu singkat
Janganlah disia-siakan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT
Semoga kita mampu memanfaaatkan waktu dan kesempatan yang singkat ini
Usia kita yang pendek ini dengan amalan soleh dan ketaatan
Amin Ya Allah… Ya Robbal ‘Alamin…


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami