Gaya Hidup

Ketahuilah 10 Sebab Riba Itu Haram

Oleh Rabiatul Adaweeyah  •  24 Mar 2017  •  4 min baca

Allah s.w.t sangat memurkai golongan yang mengamalkan riba. Dengan itu, Allah secara terang-terangan menyatakan hukuman keras terhadap golongan yang mengamalkan riba ini.

Malah hukuman tersebut bukan sahaja semasa di akhirat kelak tetapi sudah ditunjukkan di dunia ini lagi, antaranya adalah;

#1 – Dilaknat Oleh Allah Dan Rasul

Dari Jabir r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, dua saksinya dan penulisnya. Dan Baginda bersabda, ‘Mereka semua sama (kedudukannya dalam hal dosa)’.”Riwayat Muslim

#2 – Doa Tidak Dimakbulkan Allah

Rasullullah s.a.w pernah menceritakan;

“Bahawa ada seseorang yang melakukan safar (bepergian jauh), kemudian menadahkan kedua-dua tangannya ke langit sambil berdoa, ‘Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku!’ Akan tetapi makanan dan minumannya berasal dari yang haram, pakaiannya haram dan dikenyangkan oleh barang yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan (oleh Allah)?”Hadis Riwayat Muslim

#3 – Tidak Diterima Sedekah, Infaq Dan Zakat Dari Sumber Riba

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu maha baik dan tidak akan menerima sesuatu kecuali yang baik.”Hadis Riwayat Muslim

#4 – Balasan Api Neraka

“Diriwayatkan dari Ka’ab bin ‘Ujroh r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Wahai Ka’ab bin ‘Ujroh, sesungguhnya daging badan yang tumbuh berkembang dari sesuatu yang haram, akan berhak dibakar dalam api neraka’.”Hadis Riwayat at-Tirmidzi

#5 – Tidak Diberkati Rezeki

Allah s.w.t berfirman;

“Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah.”Surah al-Baqarah:276

#6 – Hukum Memakan Riba Lebih Buruk Dosanya Dari Berzina

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Satu dirham yang dimakan oleh seseorang dari transaksi riba sedangkan dia mengetahui bahwa yang di dalamnya adalah hasil riba, dosanya itu lebih besar daripada melakukan perbuatan zina sebanyak 36 kali.”Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi

#7 – Dibangkitkan Pada Hari Kiamat Kelak Dalam Keadaan Gila

Allah s.w.t berfirman:

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata, sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), Maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), Maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”Surah al-Baqarah:275

#8 – Hukuman Azab Yang Dasyat

Golongan yang mengamalkan riba akan diseksa oleh Allah, antaranya adalah; dengan berenang di sungai darah dan mulutnya dilempari dengan batuan sehingga tidak dapat keluar dari sungai tersebut.

“Diriwayatkan dari Samuroh bin Jundub r.a, berkata:

Rasulullah s.a.w bersabda menceritakan tentang siksaan Allah kepada para pemakan riba, bahawa ‘Ia akan berenang di sungai darah, sedangkan di tepi sungai ada seseorang (malaikat) yang di hadapannya terdapat bebatuan, setiap kali orang yang berenang dalam sungai darah hendak keluar darinya, lelaki yang berada di pinggir sungai tersebut segera melemparkan bebatuan ke dalam mulut orang tersebut, sehingga ia terdorong kembali ke tengah sungai, dan demikian itu seterusnya’.”Hadis Riwayat Bukhari

#9 – Dosa Seolah Berzina Dengan Ibu Sendiri

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w;

“Riba itu ada 73 pintu (dosa). Yang paling ringan adalah semisal dosa seseorang yang menzinai ibu kandungnya sendiri.”Hadis Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi

#10 – Hati Menjadi Keras

Allah s.w.t berfirman:

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.”Surah al-Muthaffifin:14

Diriwayatkan dari an-Nu’man bin Basyir r.a, ia berkata:

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda; ‘Ketahuilah di dalam jasad terdapat sepotong daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badan. Namun jika ia rosak, maka rosaklah seluruh badan. Ketahuilah sepotong daging itu adalah hati’.”Hadis Riwayat Bukhari

Sesungguhnya terdapat banyak hukuman bencana ke atas sesiapa yang melakukan perkara terkutuk ini.

Semoga setiap hamba-Nya sedar akan hukuman Allah ini tidak menceburkan diri dengan perkara yang Allah murkai, manakala golongan yang sudah terlanjur melakukannya segera bertaubat dan takutkan balasan Allah di akhirat kelak.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rabiatul Adaweeyah

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami