Kesihatan

Ketahui Manfaat Buat Penderma Darah

Oleh Fieyzah Lee  •  9 Oct 2019  •  2 min baca

Sejak 2017, statistik penderma darah menunjukkan angka yang positif apabila meningkat daripada 72 213 pada 2016 sehingga 82 619. Peningkatan ini adalah bagi memenuhi keperluan pesakit di seluruh hospital di bawah Kementerian Kesihatan di seluruh negara.

Menderma darah merupakan salah satu amalan yang sangat baik kerana diibaratkan sebagai bantuan kepada mereka yang memerlukan.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

Mafhum: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa.” (Surah Al-Ma’ida, 5:2)

Malah, para ulama’ berpendapat hukum menderma darah adalah sunat dan digalakkan. Menurut fatwa daripada Syeikh Muhammad bin Ibrahim, mantan pengerusi Ulama’ Saudi menyebut bahawa harus menderma darah selagi ia tidak memudaratkan penderma sendiri.

Berikut merupakan beberapa kelebihan buat penderma bagi menimbulkan keinginan untuk menderma darah.

#1 – Membakar Kalori

Ramai yang menyangka bahawa menderma darah dapat menaikkan berat badan dan keinginan nafsu makan yang tinggi.

Namun, ia adalah mitos yang perlu ditolak jauh-jauh. Mereka yang menderma darah telah mengeluarkan darah dan menggunakan tenaga yang banyak. Oleh itu, selepas itu mereka memerlukan sumber makanan yang berkhasiat untuk menyeimbangkan semula zat dalam badan.

Kajian juga mendapati bahawa dengan menderma darah dapat membakar 650 (Kal) seseorang dalam satu sesi, iaitu membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping serta mencegah obesiti.

#2 – Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Jika seseorang itu menderma darah dengan kerap, ia dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan seseorang.

Mereka yang menderma darah setahun sekali mempunyai risiko 88 peratus lebih rendah mendapat serangan jantung berbanding mereka yang tidak menderma.

Ia sekali gus akan menggantikan sel-sel darah baru membantu badan penderma kekal sihat dan berfungsi dengan lebih cekap.

#3 – Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Sebelum menderma, seseorang itu perlu melakukan beberapa ujian saringan kesihatan yang akan dijalankan secara percuma.

Melalui pemeriksaan tersebut, kita boleh mengetahui tekanan darah, kandungan kolestrol atau sebarang penyakit dalam badan kita.

Darah yang telah diderma pula akan ditapis untuk mengenal pasti jika ada sebarang jangkitan virus seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya.

Penderma juga boleh mendapatkan rawatan percuma bergantung kepada kekerapan menderma. Untuk mengetahui rawatan percuma yang boleh diperoleh berdasarkan kekerapan menderma, boleh layari terus Pusat Darah Negara.

Kesimpulan

Menderma darah boleh dijadikan sebagai rutin untuk sama-sama membantu ke arah kebaikan dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Perlu diingat, anda boleh menderma darah selepas 52 hari atau dalam tempoh tiga bulan bagi memberi masa kepada badan untuk lebih sihat.

Rujukan:
Pusat Derma Darah Negara


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami