Berita, Gaya Hidup

Ketahui Bagaimana Halal Holidays Membantu Memudahkan Percutian Anda

Oleh Fieyzah Lee  •  20 Sep 2019  •  2 min baca

Buat anda yang gemar bercuti atau menginginkan percutian yang menarik di samping keluarga atau untuk urusan kerja mahupun diri sendiri, laman Halal Holidays merupakan suatu yang sesuai buat anda.

Halal Holidays merupakan satu ketegori bagi pelancongan yang memfokuskan kepada keluarga Muslim atau mereka yang menginginkan percutian ala-ala muslim dan terikat dengan hukum-hakam Islam.

Pilihan yang ditawarkan menepati syariah seperti hotel yang tidak menghidangkan arak dan mempunyai kemudahan fasiliti yang mengasingkan antara pengguna wanita dan lelaki, contohnya gimnasium, kolam renang dan kemudahan-kemudahan lain.

Penerbangan yang disediakan juga memberikan pilihan yang tidak menyajikan produk arak dan babi serta akan mengumumkan waktu solat dan menyiarkan rancangan berbentuk keagamaan sebagai hiburan semasa penerbangan. Waktu solat juga akan diumumkan sesuai dengan waktu penerbangan semasa.

Laman web ini bukan sahaja boleh diakses oleh rakyat Malaysia, namun juga dari pelbagai negara lain seperti Turki dan negara di Timur Tengah.

Walau bagaimanapun, ia memfokuskan kepada negara-negara yang mengamalkan cara hidup Islam kerana lebih ramai di antara kita yang meletakkan langkah berhati-hati dalam pemilihan tempat dan penginapan semasa percutian.

Halal Holiday dengan misinya ‘Percutian Anda, Jaminan Kami’ membawakan banyak pilihan menarik kepada anda.

Melalui laman sesawang ini, anda juga boleh menekan butang ‘Umrah’ untuk merancang perjalanan umrah anda seperti memilih kumpulan umrah yang anda inginkan.

Anda bukan sahaja boleh menempah hotel atau rumah tumpangan, namun boleh melihat tiket penerbangan yang ada pada tarikh yang diinginkan.

Buat anda yang menginginkan percutian di atas kapal, terdapat juga pilihan di bahagian ini untuk anda melihat dan membuat tempahan dengan lebih lanjut.

Yang paling penting, anda akan ditawarkan dengan pilihan destinasi yang paling banyak menjadi pilihan umum.

Melalui pilihan tempahan ini juga, anda boleh melihat cadangan aktiviti yang ditawarkan untuk memudahkan anda merancang perjalanan dan percutian anda.

Buat anda yang berminat, boleh layari lebih lanjut di laman sosial mereka, iaitu Facebook, Twitter dan juga Instagram .

Rujukan:
Halal Holiday


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami