Gaya Hidup

Ketahui Apa Yang Berlaku Pada Badan Kita Apabila Stres

Oleh Natirah Azira  •  14 Dec 2018  •  2 min baca

Stres bukanlah suatu perkataan yang asing lagi dalam kehidupan pada hari ini. Ia keadaan di mana badan kita mengalami peningkatan tenaga dan berada dalam keadaan siap sedia dan waspada untuk melakukan sesuatu.

Stres ada baik dan buruknya. Stres yang baik dapat menolak kita untuk melakukan suatu kerja dengan segera. Contoh yang lebih jelas dapat dilihat dalam kehidupan seorang pelajar. Biasanya mereka akan mula stres apabila tarikh akhir projek semakin hampir atau ada peperiksaan yang perlu ditempuh.

Sistem ‘fight-or-flight’ akan diaktifkan dan hormon stres dalam badan yang dipanggil kortisol akan meningkat. Bahan ini akan menjadikan badan mula waspada untuk melakukan tindakan yang diperlukan.

Para pelajar akan mula meningkatkan usaha bahkan buku yang selama ini tidak dapat dihabiskan dalam sebulan pun mampu dihabiskan dalam masa semalam! Ini satu contoh stres yang memberi kesan positif dalam tindakan. Biasanya apabila suatu keadaan yang mencetuskan stres telah berlalu, kadar kortisol akan kembali normal.

Namun, stres yang buruk berlaku apabila kadar kortisol dalam badan kekal tinggi akibat stres yang berterusan. Kortisol yang tinggi ini akan memberi kesan yang buruk kepada otak. Ia akan mengganggu bahagian otak yang dipanggil Hippocampus yang sangat berkait rapat dengan emosi dan memori. 

Antara masalah lain yang boleh berlaku akibat stres yang berterusan ialah:

  • Cemas
  • Kemurungan
  • Masalah pencernaan
  • Sakit kepala
  • Masalah jantung
  • Masalah tidur
  • Peningkatan berat badan
  • Masalah pada fokus, memori dan perhatian

Stres perlu diuruskan dengan bijak. Dengan mengetahui kesan buruk yang boleh berlaku kepada badan akibat stres kronik yang dialami, kita boleh mula memberi perhatian yang lebih kepada keadaan badan sendiri. Buatlah penilaian tentang kehidupan kita. Jika stres yang dialami bukan lagi suatu yang memberi kesan yang positif, maka kita perlu mengambil langkah penjagaan dengan kadar segera.

Baca juga: 
8 Amalan Mengurus Stres Dalam Islam
5 Kebaikan Buat Anda Yang Mengalami Stres


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami