Ibadah

Ketahui 4 Kelebihan Membaca Surah Kahfi Pada Hari Jumaat

Oleh Natirah Azira  •  20 Sep 2019  •  2 min baca

Jumaat adalah penghulu segala hari yang penuh dengan barakah. Ia mempunyai keistimewaan sendiri yang tidak ada pada hari-hari biasa. Salah satunya adalah anjuran membaca Surah Kahfi pada hari tersebut. Apakah manfaat yang ada di sebalik amalan ini? Mari kita teliti hadis-hadis sahih di bawah:

#1- Dipancarkan Cahaya Untuknya Antara Dua Jumaat

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”

(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)

#2- Memancar Cahaya Dari Bawah Kaki Serta Menerangkannya Pada Hari Kiamat

Dari Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda,

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”

(Al-Mundzir berkata, hadis ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih dalam tafsirnya dengan Isnad yang tidak cacat – Dari kitab at-Targhib Wa al-Tarhib, 1/298)

#3- Terselamat Dari Fitnah Dajjal

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadis Riwayat Muslim, no. 1342)

#4- Turunnya Ketenangan Dan Rahmat Yang Disertai Dengan Para Malaikat

Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya, “Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu.

Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”, Baginda pun bersabda, “Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran”. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Demikian kelebihan yang terkandung di sebalik amalan membaca Surah Kahfi. Surah Kahfi adalah surah yang agak panjang dengan mempunyai sebanyak 110 potong ayat. Namun, kita boleh membahagikan bacaan kepada beberapa bahagian supaya tidak terasa membebankan, contohnya baca 40 ayat pada waktu Maghrib ketika mula masuk hari Jumaat, 30 ayat selepas Subuh keesokan harinya dan 40 ayat yang terakhir di waktu Zohor atau di penghujung Hari Jumaat.

Jika masih tidak mampu, berusahalah untuk membaca walau 10 ayat yang pertama dalam Surah Kahfi. Semoga amalan yang sedikit ini mampu membantu kita di saat kita benar-benar memerlukan bantuan di hadapan Allah kelak.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami