Inspirasi

Ketahui 3 Peringatan Ini Buat Anda Yang Bersedih

Oleh Rizal Alhaj  •  5 Jun 2018  •  2 min baca

Khusus buat diriku serta seluruh umat. Aku akui selaku hamba kepada Maha Pencipta, aku ini terlalu kerdil.

Bagaimana nasibku di pengakhiran kelak juga hanya terletak pada Dia Maha Agung. Tidak terjangkau kuasaNya malah sebagai hamba, aku tunduk menurut segala arahan dan perintah.

Jika aku gagal, aku tewas, aku ingkar maka balasan azab milikMu jua. KetentuanMu itu hak bagiMu. Aku reda dan pasrah.

Aku hamba yang Kau pinjamkan untuk berbakti di dunia milikMu jua. Allahuakbar.

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak mampu diulang kembali. Jagalah, jangan sampai kita menyesal;
#1- Masa
#2- Kata-kata
#3- Kesempatan

Ada 3 perkara yang mampu menghancurkan hidup seseorang. Hindarilah ia selalu;
#1- Kemarahan
#2- Keangkuhan
#3- Dendam

Ada 3 perkara yang tidak boleh hilang. Peliharalah ketiga-tiganya;
#1- Harapan
#2- Keikhlasan
#3- Kejujuran

Ada 3 perkara yang paling berharga. Pupuklah ianya;
#1- Kasih sayang
#2- Cinta
#3- Kebaikan

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti. Jangan terlalu ghairah melengkapinya;
#1- Kekayaan
#2- Kejayaan
#3- Impian

Ada 3 perkara yang mampu membentuk watak seseorang. Usahakanlah dengan sesungguhnya;
#1- Komitmen
#2- Ketulusan
#3- Kerja keras

Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya. Lakukanlah dengan semahunya;
#1- Tekad
#2- Kemahuan
#3- Tumpuan

Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu. Mintalah pada Allah S.W.T;
#1- Rezeki
#2- Umur
#3- Jodoh

Tetapi, ada 3 perkara dalam hidup yang pasti. Persiapkanlah dengan sebaik-baiknya;
#1- Tua
#2- Sakit
#3- Mati


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami