Tokoh

Keris Mas – Kenali Tokoh Sasterawan Negara Pertama di Malaysia

Oleh Fieyzah Lee  •  20 Sep 2019  •  4 min baca

Baru-baru ini, telah berlangsungnya Majlis Malam Baca Puisi yang telah dipersembahkan oleh 21 pemuisi tempatan dan juga antarabangsa.

Ia diadakan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 kepada orang luar dan sebagai salah sebuah platform untuk melahirkan karya-karya dalam bidang seni, budaya dan warisan untuk diterbitkan dan diterjemahkan ke dalam bahasa asing.

Antara pemuisi yang turut hadir ialah Datuk Seri Dr. A. Samad Said, Prof Rebecca T. Anonuevo dari Filipina, Zefri Ariff dari Brunei serta Dr. Free Hearty Bakri dari Indonesia dan ramai lagi.

Walau bagaimanapun, antara pemuisi yang tetap menjadi ingatan dan kenangan buat seluruh rakyat Malaysia ialah Keris Mas.

Beliau merupakan salah seorang sasterawan negara pertama yang cukup berpengaruh kepada golongan penulis muda, baik dulu, kini dan selamanya.

Keris Mas merupakan seorang penulis yang penuh dengan pemikiran yang kritis serta kematangannya dalam penulisan.

Nama sebenar beliau ialah Kamaludin Mohamad yang telah dilahirkan pada 10 Jun 1922. Beliau yang merupakan anak kelahiran Pahang, Bentong Darul Makmur.

Nama keris Mas merupakan nama yang sangat besar dalam arena kesusasteraan negara bermula dari sekitar tahun 1950-an dengan pelbagai karyanya yang sarat dengan mesej dan juga semangat dengan moto ‘Seni Untuk Masyarakat.’

Sasterawan Negara Pertama

Beliau telah diangkat sebagai sasterawan negara yang pertama pada 26 April 1981 oleh pengasas Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah dan julung kalinya menerima Anugerah Sastera Negara.

Beliau telah mula bergiat aktif dalam bidang penulisan bermula dengan puisi, cerpen dan seterusnya menceburi penulisan novel.

Novel pertama yang telah diterbitkannya ialah Pahlawan Rimba Malaya pada tahun 1976. Walaupun timbul pelbagai masalah ketika itu seperti kekurangan kertas dan sebagainya sehingga menyebabkan novel tersebut terpaksa disingkatkan daripada manuskrip asal, namun beliau tidak pernah putus asa dalam bidang tersebut.

Itu merupakan salah satu semangat yang perlu ada dalam diri setiap insan, bukan sahaja penulis malah semua orang.

Umum mengetahui, bukan mudah untuk menjadi penulis. Ia memerlukan seseorang itu mempunyai kecekalan yang cukup jitu serta semangat untuk menghabiskan bacaan bagi mencari ilmu dan idea dalam penulisan.

Namun, jika ingin menjadi seorang penulis yang berjaya dan sentiasa memberikan bahan bacaan yang berkualiti dan bermutu kepada pembaca, semangat yang jitu perlu sentiasa ada.

Yang paling penting dalam setiap penulisan yang diterbitkan bukanlah kuantiti atau mengejar populariti semata-mata namun mutu dan kualiti yang dipersembahkan itu perlu selari dengan pemikiran pembaca zaman sekarang agar penulisan kita sentiasa bermanfaat dan mampu memberi kesan yang mendalam kepada hati-hati yang membacanya.

Satu sikap yang boleh dicontohi oleh kita semua melalui lagenda Sasterawan Negara Pertama ini – beliau telah melahirkan sebanyak 60 buah cerpen yang bukan sahaja berfokus kepada perjuangan kebangsaan dan kisah darurat yang berlaku ketika itu, namun juga dalam soal cinta, kepincangan masyarakat dan keadaan sosial-politik sesudah merdeka.

Namanya juga bukan sahaja dikenali di Malaysia, namun telah diangkat di persada dunia apabila cerpennya banyak yang diterjemahkan ke dalam bahasa asing seperti Rusia, Cina, Korea dan Inggeris.

Hasilnya Menjadi Sumber Inspirasi

Kematangan cerpen beliau cukup menakjubkan sehingga mampu menghidupkan imaginasi dan menjadi kunci kejayaan bukan sahaja kepada golongan penulis namun kepada semua orang yang membaca.

Buat anda yang masih mencari-cari sumber inspirasi, mungkin boleh mencuba dengan membelek-belek hasil karangan beliau.

Idea yang dilontarkan oleh beliau ke dalam penulisannya bukanlah idea yang biasa-biasa kerana semuanya adalah melalui bahan bacaan beliau yang sangat meluas.

Tidak cukup dengan bakat menulis, beliau sangat terkenal dengan ketegasan dan juga kepetahannya dalam berhujah namun ramah dalam berbicara.

Beliau telah dianugerahkan Anugerah Pejuang Sastera oleh Perdana Menteri dan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada 5 Ogos 1989.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Mac 1992 namun karya-karyanya masih lagi diguna pakai sehingga kini, baik dari sudut pengkajian mahupun bahan bacaan.

Buat anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai peribadi beliau dan sasterawan-sasterawan lain dari dalam mahupun luar negara, anda boleh terus ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk melihat pameran di Ruang Pameran PNM sepanjang tiga bulan bermula dari Sepetember 2019.

Rujukan:
Pemikiran Sasterawan Negara – Keris Mas


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami