Berita

Kerajaan Palestin Memberi Amaran Terhadap Rancangan Israel Untuk Memotong Dana Cukai

Oleh Tim Tazkirah  •  5 Jun 2018  •  2 min baca

Pada hari Isnin yang lalu, Kerajaan Palestin telah memberi amaran terhadap Israel berhubung rancangannya untuk memotong dana dari hasil cukai Palestin untuk diberikan kepada penduduk Israel yang tinggal di Jalur Gaza sebagai bayaran pampasan akibat serangan yang disengajakan.

Israel yang mengumpulkan hasil cukai Palestin bagi Pihak Berkuasa Palestin mengumumkan rancangan untuk memberi ganti rugi kepada petani Israel di pergunungan kawasan Gaza di mana ladang mereka telah dibakar oleh rakyat Palestin.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), jurucakap kerajaan Palestin iaitu Yousef Al-Mahmoud menggambarkan rancangan Israel itu sebagai “perbuatan merompak dan menyamun”.

Kerajaan Israel sedang merancang untuk mencuri pendapatan rakyat Palestin. Ini adalah tindakan pencerobohan yang dilakukan oleh pencuri yang dikenali sebagai pegawai Israel.” katanya dalam satu kenyataan.

Penunjuk perasaan Palestin di Gaza telah menerbangkan layang-layang mudah terbakar ke arah ladang Israel selepas tentera Israel bertindak menyekat tunjuk perasaan yang dilakukan di sempadan.

Kebakaran tersebut dilaporkan telah merosakkan hutan dan ladang sementara angka kematian rakyat Palestin yang telah ditembak oleh tentera Israel meningkat lebih daripada 120 orang sejak bantahan itu bermula pada 30 Mac yang lalu.

Israel mengumpul kira-kira $100 juta setiap bulan ke atas cukai barangan yang diimport oleh rakyat Palestin. Barangan yang diimport itu menuju ke wilayah Palestin namun terpaksa melalui pelabuhan Israel kerana semua sempadan Palestin berada di bawah kawalan Israel sepenuhnya.

Penulis: Arab News / Penterjemah: Nur Ismalina Haris / Sumber: Arab News

Kredit Gambar: Arab News


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami