Tokoh

Kenali Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, Tokoh Maal Hijrah 2019

Oleh Fieyzah Lee  •  7 Oct 2019  •  2 min baca

Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang merupakan Imam Besar Masjid Negara telah dinobatkan sebagai Tokoh Utama Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1441H/2019M.

Majlis yang telah diadakan pada 1 Muharram 1441H dengan tema ‘Negara Rahmah Ummah Sejahtera di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertepatan dengan agama Islam yang penuh dengan kasih sayang dan toleransi serta bersifat rahmah.

Tan Sri Syaikh Ismail yang merupakan anak jati Terengganu yang telah dilahirkan pada 2 Januari 1944 telah mendapat pendidikan Ijazah al-Qiraat dan Ulum Quran.

Banyak sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau terutamanya dalam mempertingkatkan syiar Islam di dalam dan luar negara.

Sebelum ini, beliau telah menerima beberapa anugerah lain antaranya ialah Ijazah Kehormat Doktor Pengajian Al-Quran daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), 2019.

Anugerah ini telah diberikan sebagai pengiktirafan kepada sumbangan serta ketokohannya sepanjang 36 tahun dalam bidang musabaqah tilawah dan hafazan.

Disebabkan kepakaran beliau dalam bidang musabaqah Al-Quran, beliau dilantik sebagai Hakim Musabaqah Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri dan Kebangsaan sejak 1984 sehingga kini.

Beliau juga pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Terengganu 210 serta Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015.

Pernah Gusar Dengan Masa Depan

Setiap manusia, terutamanya anak muda yang baru ingin melangkah ke masa hadapan pastinya pernah merasa gusar dan gelisah dengan masa depan terutamanya dalam pemilihan kerjaya.

Tidak terkecuali Tan Sri Syaikh Ismail. Beliau pernah bimbang memikirkan masa depan dan kerjaya apabila membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama.

Walau bagaimanapun, beliau berpegang teguh kepada nasihat seorang gurunya yang berbunyi; “Seorang hamba tidak akan miskin apabila menjadikan Al-Quran sebagai pegangan.”

Beliau pernah berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya selama lima tahun dan kemudian dilantik menjadi Imam Besar Masjid Negara.

Beliau tekad untuk melaksanakan amanahnya secara profesional dan efektif dalam kalangan pekerja dan untuk mengimarahkan masjid lagi.

Antara sifat yang boleh dicontohi ialah kegigihan beliau untuk mengubah nasib diri dan keluarga. Lahir dalam keluarga biasa tidak menghalang beliau untuk mengejar cita-cita dan gigih menuntut ilmu.

Baginya, ilmu itu sesuatu yang akan menjaga diri sendiri dan suatu kebahagiaan apabila boleh menyebarkan kembali ilmu untuk manfaat semua.

Oleh yang demikian, tidak kiralah siapa anda, namun apabila anda mempunyai niat untuk menimba ilmu, maka anda perlu berusaha sehabis daya untuk menggapainya kerana hanya anda yang boleh mengubah diri anda sendiri.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami