Tokoh

Kenali Ibnu Firnas, Manusia Pertama Mencakar Langit

Oleh Fizah Lee  •  26 Aug 2019  •  3 min baca

Jika ditanya mengenai nama dan tokoh terkenal dalam arena penerbangan, pasti anak-anak kita pada zaman ini akan memberikan nama seperti Wright Bersaudara atau Leonardo da vinvi.

Itu ialah antara sejarah yang telah dimomokkan kepada kita semua untuk mempercayai bahawa dunia sains dan teknologi mula berkembang dari barat degan tokoh yang bukan Islam.

Kita mungkin lupa, namun sejarah tidak akan pernah silap. Malah, banyak kajian oleh beberapa ahli sejarah dan pakar ilmuan telah membuktikan bahawa, kita punya tokoh Islam yang turut membangun dan membanting tulang dalam bidang ini.

Kalau ilmu kedoktoran, kita punya Ibnu Sina dan pakar Matematik, kita ada Al-Khawarizmi.

Tidak dilupakan juga dalam bidang teknologi penerbangan, tokoh Islam dan manusia pertama yang telah berjaya mengembangkan sayapnya untuk terbang lebih tinggi ialah Ibnu Firnas.

Menurut sejarawan, beliau dikatakan tidak dicatat dalam beberapa sejarah lampau kerana rekod penerbangannya yang singkat dan juga pernah mengalami kecederaan semasa tempoh percubaan.

Malah, Wright bersaudara dilabel sebagai tokoh penerbangan pertama kerana cara penerbangan dan rekaannya yang unik serta berjaya diterima dalam arena teknologi waktu lampau dan sehingga kini.

Namun, Ibnu Firnas dikatakan telah melakar rekaan kapal terbang pertama seribu tahun sebelum Wright bersaudara dan enam ratus tahun sebelum Leonardo da Vinvi.

Ibnu Firnas dikatakan telah membuat penerbangan pertama pada tahun 852 dengan menggunakan kanvas sebagai payung terjun dan telah melompat dari Masjid Cordova.

Penerbangan pertamanya dikatakan kurang berhasil kerana pendaratan yang dilakukannya adalah secara merbahaya sehingga memberikan kecederaan berat kepadanya. Malah, punca kepada kegagalan itu kerana rekaan sayapnya yang tidak lengkap, iaitu tanpa bahagian belakang yang kukuh.

Walau penerbangannya itu sehingga menyebabkan patah tulangnya dan terdapat beebrapa luka lain, namun ia merupakan penerbangan pertama yang berani dilakukan olehnya dalam sejarah peradaban manusia.

Kemudian, pada tahun 875, beliau dicatatkan dalam sejarah dengan melakukan sekali lagi penerbangan solo dan rekod masa yang dicatatkan adalah lebih pandang berbanding yang pertama, iaitu sehingga hampir 10 minit.

Penerbangan itu telah disaksikan oleh ratusan manusia dan antara yang turut hadir ialah Sultan Muhammad 1, Raja Andalusia.

Penerbangan kali ini telah dilakukan dengan peluncur yang telah dihasilkannya dengan kayu dan sutera serta dihiasi bulu daripada beberapa ekor burung. Kali ini, ia dilakukan di Bukit la Aruzaffa.

Beliau dikatakan telah mendapat ilham untuk mencakar langit berdasarkan makhluk-makhluk yang terbang di angkasa seperti burung dan juga melihat kepada belalang.

Dengan itu, beliau mula berfikir untuk mencipta dan menghasilkan idea baru berdasarkan ilham yang telah dicampakkan oleh Allah kepadaNya.

Siapa Ibnu Firnas

Ibnu Firnas atau nama sebenarnya ialah Abu al-Qasim Abbas ibn Firnas telah dilahirkan di Kota Ronda (Wilayah Malaga, Sepanyol) pada tahun 810.

Beliau telah mendapat pendidikan dalam pelbagai bidang dan tidak sahaja mahir dalam satu bidang sahaja, malah dalam pelbagai bidang.

Antara bidang yang diceburinya ialah sebagai ahli falsafah, penyair, saintis, ahli muzik dan juga ahli kimia serta astrologi.

Kecenderungannya untuk menceburi bidang-bidang ini telah menjadikan beliau seorang yang sangat hebat sehingga beliau telah digelar sebagai Hakim Al-Andalus, iaitu Cendekiawan Andalusia.

Sumbangannya kepada ilmu dalam pelbagai bidang ini telah diangkat tinggi sehingga nama sebuah lapangan terbangan di Utara Baghdad dinamakan dengan nama beliau.

Beliau dikatakan telah meninggal pada tahun 888.

Kesimpulan

Umat Islam pernah membangun menjadi sebuah peradaban yang paling digeruni dengan ilmu yang cukup hebat. Bagi mereka, ilmu itu yang akan menguasi dan menjaga diri kita.

Tidak rugi menuntut ilmu walau banyak mana pun, tetapi rugilah apabila kita menjadi seorang yang tidak menghiraukan ilmu.

Malah, umat Islam pada zaman dahulu tidak pernah takut untuk mencuba dan mengambil risiko kerana ia merupakan salah satu daripada aspek yang paling penting untuk mencapai kejayaan.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
Tokoh: Abbas Ibnu Firnas


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami