Tokoh

Kenali Dr Mustapha Ahmad Merican, Tokoh Utama Semarak Cinta Rasul 1442 H

Oleh Fizah Lee  •  30 Oct 2020  •  2 min baca

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1442 H yang disambut secara sederhana, beberapa orang tokoh telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Semarak Cinta Rasul dan Dr Mustapha Ahmad Merican telah dipilih sebagai penerima Anugerah Utama Semarak Cinta Rasul 1442 H.

Beliau merupakan Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa yang telah banyak berjasa dalam membantu serta menjaga kebajikan semua.

Pengiktirafan yang diberikan itu adalah berdasarkan keprihatinan beliau dalam memberi bantuan kepada rakyat Kemboja, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia dan Laos yang dilanda pandemik COVID-19 baru-baru ini.

Siapa Tokoh Hebat Ini

Beliau merupakan seorang anak kelahiran Terengganu dan telah medapat pendidikan rendah dan menengah di Kuala Terengganu.

Kemudian, beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM). Beliau juga mempunyai lulusan sarjana Undang-Undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Doktor Falsafah (PHD) di universiti luar negara.

Pada tahun 1979, beliau telah mendapat Latihan Asas di Sembawang Wing Singapura & Woodlands Singapura sebagai Pegawai Tentera Laut.

Beliau juga pernah menjadi Pegawai Kerajaan di beberapa Kementerian, iaitu Kementerian Pertahanan, Wisma Putra, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesejahteraan Bandar di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum dilantik menjadi pengerusi NGO.

Antara kebajikan yang telah disumbangkan kepada negara Kemboja ialah membina 6 buah masjid, 10 buah surau, 3 buah sekolah agama dan juga tanah perkuburan selain membantu membina 4001 buah perigi.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh NGO Antarabangsa daripada Perdana Menteri Kemboja pada tahun 2018.

Beliau juga pernah terlibat dengan rundingan diplomatik dan perhubungan persahabatan bagi pembebasan 47 tahanan rakyat Malaysia dari penjara Kemboja pada Februari 2019.

Pada Mei 2019, beliau telah mendapat pengiktirafan daripada kerajaan Arab Saudi.

Ketokohannya dalam kepimpinan serta keprihatinan kepada sekeliling melayakkan beliau untuk menyandang anugerah tersebut.

Anugerah ini telah dipilih menerusi Jawatankuasa Pemilihan Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW 1442 H yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagi memartabatkan syiar Islam di dalam dan luar negara.

Sumber:
JAKIM – Tokoh Utama Maulidur Rasul


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami