Ibadah

Kenali 3 Jenis Ibadah Sunat Yang Ada Dalam Islam

Oleh Natirah Azira  •  30 Oct 2019  •  2 min baca

Ibadah sunat sering disebut sebagai ibadah yang dapat menampung amalan-amalan kita yang kurang dan lompong. Ada masanya, kita mendengar ada yang menyebut istilah sunat muakkad, sunat mengikut cara hidup Nabi SAW dan sebagainya.

Terdapat tiga jenis amalan sunat yang perlu diketahui dalam Islam.

#1- Sunat Muakkad

Sunat muakkad adalah sunat yang sangat dituntut untuk dilakukan. Orang yang melakukannya akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan selayaknya dicela. Sunat muakkad adalah jenis sunat yang jarang sekali ditinggalkan oleh Nabi SAW. Seharusnya kita berusaha mencontohi dan mengikut jejak amalan yang telah ditunjukkan oleh baginda.

Contohnya solat berjemaah, azan dan iqamah, membaca surah lain selepas membaca surah Al-Fatihah serta membaca doa qunut dalam Solat Subuh.

#2- Sunat Tidak Muakkad

Ia adalah sunat yang disyariatkan tetapi tidak dituntut seperti sunat muakkad. Jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidak mendapat dosa, serta orang yang meninggalkannya tidak patut dicela.

Ia adalah ibadah sunat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sekali-sekala dan baginda meninggalkannya dalam banyak keadaan.

Contoh ibadah sunat ini ialah solat sunat empat rakaat sebelum Asar, berpuasa pada hari Isnin dan Khamis pada setiap minggu dan lain-lain.

#3- Sunat Zawaid (Sunat Tambahan)

Amalan sunat ini berfungsi untuk menyempurnakan amalan seorang Muslim. Ia berkait dengan cara hidup Rasulullah SAW, contohnya cara berjalan, cara makan dan minum, cara tidur serta cara berpakaian Rasulullah.

Dengan melakukan amalan sunat ini, ia melambangkan penyempurnaan serta rasa cinta yang tinggi kepada Rasulullah SAW. Namun, jika seseorang memilih untuk tidak melakukan hal ini, ia tidak mengapa bahkan tidak menjadi kecelaan kepada dirinya.

Banyak lagi amalan sunat yang mudah dan mampu dilakukan oleh umat Islam bagi menampung kecacatan amalan yang dilakukan. Dan apa yang dicintai oleh Nabi SAW, sudah pasti dicintai oleh Allah SWT.

Rujukan: Mufti Wilayah

Baca juga: 10 Sunnah Nabi SAW Yang Mudah Dipraktikkan Sebagai Amalan Harian


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami