Bermula hari ini, kemudahan surau di sepanjang lebuhraya PLUS dibuka kecuali di kawasan Negeri Sembilan.
Menerusi sebuah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh PLUS Malaysia Berhad, keputusan untuk membuka semula surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya adalah selari dengan keputusan oleh Jabatan Agama Islam di kawasan dan negeri yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Antara yang turut dibuka adalah di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Johor serta yang berada di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
Bagaimanapun, pengguna dinasihati untuk terus mengamalkan SOP yang ditetapkan dan juga perlu membawa kelengkapan solat sendiri seperti sejadah dan telekung.
Selain itu, pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera atau secara manual perlu dilakukan. Bilangan jemaah juga bergantung kepada kapasiti ruang solat dan ia akan dimaklumkan melalui notis yang akan diletakkan di kawasan surau sebagai rujukan pengguna.
Orang awam juga dinasihati untuk terus meninggalkan kawasan surau setelah selesai menunaikan solat.
Sumber:
Plus Malaysia Berhad
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.