Gaya Hidup

Bagaikan Keldai Membawa Buku

Oleh Zulfikar Egar  •  10 Dec 2018  •  2 min baca

Pepatah Arab ada mengatakan;

“Bagaikan keldai yang membawa kitab-kitab di atas belakangnya”

Menurut Ustaz Dr. Kamilin Jamilin yang merupakan seorang pensyarah di USIM;

”Dalam bidang hadis, ia bukan sekadar hafalan semata-mata. Hafal itu antara kemestian, tetapi faham akan hadis itu adalah penting.

Itu yang ramai orang di kalangan kita salah faham, kerana ingatkan bahawa hadis itu hanyalah sekadar hafal sahaja. Tetapi sebenarnya tidak.

Hadis ini kena kefahaman. Siapa yang tidak faham, hanya sekadar hafal semata-mata. Orang itu diibaratkan seperti ‘Hard Disk’. Mengapa diibaratkan seperti ‘Hard Disk’?

Seperti yang kita tahu, ‘Hard Disk’ ini boleh menyimpan banyak maklumat. Adanya ‘content’ (isi, kandungan, muatan) di dalamnya.

Tetapi jika kita tidak tahu nak gerakkan ‘content’ tersebut, kita tidak akan menjumpai jawapannya.

Sebab itu kadang-kadang ada murid yang memberitahu kepada guru atau Syeikhnya bahawa dia cuba dan sudah mencari maklumat dalam Maktabah Syamilah, tetapi masih juga tidak menjumpai maklumat yang ingin dicari.

Tidak jumpa sebab murid ini tidak tahu bagaimana untuk menggunakan Maktabah Syamilah tersebut untuk mencari maklumat daripadanya.

Maktabah Syamilah ini merupakan perisian yang mengumpulkan banyak kitab-kitab. Ada begitu banyak maklumat di dalamnya.

Tetapi bagaimana kita hendak analisis maklumat tersebut, itu satu masalah dan cabaran.

Konsepnya seperti yang disebutkan dalam pepatah Arab awal-awal tadi.

“Bagaikan keldai yang membawa kitab-kitab di atas belakangnya”

Maksudnya ialah, siapa yang hanya sekadar menghafal tanpa kefahaman, orang itu diibaratkan seperti seekor keldai yang banyak membawa kitab di atas belakangnya, tetapi langsung tidak boleh memahami kandungan dalam kitab-kitab yang dibawanya.

Jadi begitulah kita ini. Kita boleh sahaja menghafal berapa banyak hadis yang kita hendak dan juga menghafal berapa banyak matan yang kita mahu.

Tetapi andai kita tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya, kita ini samalah seperti ‘Hard Disk’. Hanya mampu ‘collect data’ sahaja.

Oleh itu, cubalah kita asah kemampuan kita supaya kita dapat faham dengan lebih sesuatu hadis itu. Ini kerana faham itu lebih penting daripada hafal.

Hafal itu satu bonus manakala faham itu membantu kita untuk menghafal. Wallahualam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami