Hukum, Keluarga

Kejujuran Dalam Membina Rumah Tangga Yang Baru

Oleh Fizah Lee  •  5 Dec 2019  •  3 min baca

Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2004 yang telah digubal pada Bahagian II, iaitu Perkahwinan – Seksyen 23. Poligami – disebutkan bahawa:

(1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya satu perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.

Perkahwinan yang ingin dilangsungkan itu akan diambil kira dari segi situasi keluarga sama ada dari sudut kesihatan suami, kemampuan yang membolehkan suami menanggung semua isteri dan tanggungannya serta layanan sama ada adil atau tidak.

Ia merupakan undang-undang yang telah digubal oleh badan perundangan Malaysia, bukan untuk menyusahkan rakyatnya, namun untuk memudahkan lagi dua pihak juga untuk pihak ketiga dalam sesebuah perhubungan.

Undang-undang dicipta untuk dipatuhi. Tiada apa yang tercipta di dunia ini secara sia-sia sama ada mengikut undang-undang Islam mahupun undang-undang sivil.

Undang-undang negara kita menetapkan, jika ingin berkahwin untuk kali yang kedua mahupun yang ketiga, perlu untuk meminta izin isteri bagi memberi hak dan melihat kepada perasaan kedua belah pihak.

Perkahwinan itu bukan sahaja mengenai perasaan dan isi hati lelaki untuk dipenuhi, namun adalah berkenaan kedua belah pihak termasuklah keluarga si isteri dan keluarga si suami.

Benarkah Tidak Perlu Meminta Izin Isteri

Menurut perbahasan ulama, tiada dalil yang mengatakan bahawa perlu meminta izin isteri pertama untuk melangsungkan perkahwinan kedua.

Malah, perkara ini ada diterangkan dalam Kitab Fatawa Nurun Alad Darbi lul Utsaimin: Jilid 19 hal. 2 mengatakan bahawa, tidak menjadi kewajipan suami jika dia ingin menikah buat kedua kalinya untuk membuat isteri pertamanya redha.

Walau bagaimanapun, menjadi kewajipan ke atas seorang suami itu untuk menitikberatkan perasaan isteri dan ahli keluarga lain serta menjaga keharmonian rumah tangga tersebut.

Adalah lebih baik untuk berbincang terlebih dahulu dengan isteri berkenaan perkahwinan yang ingin dilangsungkan. Pernikahan yang ingin dilangsungkan itu merupakan sesuatu perkara yang mulia dan baik, oleh itu perlaksanaannya juga perlu dilakukan dengan cara yang terbaik.

Malah, Rasulullah SAW juga ada menyebutkan mengenai perlunya menjaga dan mengambil tahu perasaan wanita, iaitu dengan melakukan perbincangan dan berkomunikasi secara berkesan.

عَنْ عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ الْكِنْدِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَشِيرُوا عَلَى النِّسَاءِ فِي أَنْفُسِهِنَّ

Mafhum: “Daripada ‘Adiy ibn ‘Adiy Al-Kindi daripada bapanya: Rasulullah SAW bersabda: “Berbincanglah dengan wanita tentang diri mereka sendiri.” (Hadis Riwayat Ibn Hiban, no. 4872)

Kesimpulan

Buat mereka yang berpegang kepada tidak perlu meminta izin isteri untuk berpoligami, cukup sekadar memberitahu dan berlaku jujur, sepatutnya difikirkan perasaan dan pengorbanan yang telah isteri lakukan.

Anda telah mengambil isteri pertama dengan cara yang baik – sama ada berlaku jujur terhadap keluarga dan perasaan anda sendiri. Oleh itu, perkara yang sama perlu dilakukan juga untuk membina rumah tangga yang baru.

Setidaknya, perlu dijaga kemuliaan agama Islam itu sendiri serta mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh negara kita sendiri.

اتَّقُوا اللهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللهِ، وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ، وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksud: “Hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah tentang urusan wanita, sesungguhnya kalian telah mengambil mereka dengan amanah Allah, dan telah halal bermesraan secara seksual bagi kaum dengan kalimah Allah… dan menjadi tanggungjawab kamu untuk memberikan nafkah rezeki kepada mereka dan pakaian dengan ukuran yang makruf.” (Hadis Riwayat An-Nasaie, no. 9135)

Baca Juga:
Bolehkah Isteri Menghalang Lelaki Berpoligami

Rujukan:
Poligami Dalam Islam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami