Berita

Kehilangan Warisan Cendekiawan Wanita Islam

Oleh Tim Tazkirah  •  15 Aug 2018  •  6 min baca

Apabila Imam Zuhri, cendekiawan ahli sunah (mengikut preskripsi Rasullah S.A.W.) yang terkenal memberitahu Qasim ibni Muhammad, cendekiawan Al-Quran, ingin mencari ilmu pengetahuan, Qasim menasihati beliau menyertai perhimpunan ahli hukum yang terkenal pada masa itu, Amara bin Al-Rahman. Imam Zuhri menghadiri perhimpunannya dan kemudian menggambarkan beliau sebagai”lautan ilmu tanpa sempadan”. Malah, Amara mengajar beberapa orang cendekiawan yang terkenal, seperti Abu Bakr Muhammad ibn Hazama dan Yahyan ibn Said. Amara bukanlah satu kejanggalan dalam sejarah Islam, sebenarnya ramai perawi hadis, bermula dengan Aisyah, isteri Muhammad (bacalah selawat). Kiraan secara kasar mendapati sekurang-kurangnya terdapat 2,500 orang ahli hukum wanita yang luar biasa, penyampai kata-kata Muhammad S.A.W (hadis), dan syair. Walau bagaimanapun, kisah mereka tidak dikenali atau diketahui secara meluas.

Namun, kini ia menjadi sejarah. Pada masa sekarang, kita sukar menemui ahli hukum wanita Islam; Wanita adalah segala-galanya tetapi jauh daripada kehidupan awam dan intelektual Islam. Jika mengimbas semula rekod sejarah Islam sejak berabad-abad, kita akan temui ramai wanita yang aktif dalam semua bidang kehidupan, kemudian kita hanya melihat mereka semakin berkurangan secara dramatik: Jadi apa yang berlaku? Bagaimana dan mengapa keadaan berubah dalam 300 tahun yang lalu sehingga ia merupakan sesuatu yang luar biasa untuk mencari wanita yang terlibat dalam sains Islam. Tidak seperti masa lalu, terlalu sedikit lelaki Islam yang boleh dianggap diajar oleh seorang wanita Islam.

Status Baharu

Malah, Al-Quran telah mengabadikan status baharu untuk wanita dan memberikan hak-hak yang sebelum ini di Tanah Arab mereka hanya bermimpi; Maka mengapa terdapat perbezaan antara yang pernah berlaku dan apa yang dilihat sekarang? Fenomena ini memerlukan kajian mendalam.Sudah tiba masanya untuk menyemak semula sumber dan menilai semula bagaimana wanita Islam pada masa lalu mencapai kemuliaan sebegitu rupa supaya kita boleh menghapuskan perspektif yang akan menjadi norma dalam masyarakat kita.

Sejarah menunjukkan dalam abad ketujuh Islam sangat maju memberikan hak-hak revolusioner kepada wanita dan menaikkan status wanita. Banyak ayat-ayat Al-Quran merupakan pembaharuan berorientasikan semula jadi, mengubah aspek utama mengenai undang-undang adat sebelum Islam (pra Islam) dan mengamalkan cara-cara progresif untuk menghapuskan ketidakdilan dan penderitaan, namun ia tidak mencukupi untuk hanya menunjuk-nunjuk nilai-nilai ini. Kita harus bertindak terhadapnya.

Pembaharuan yang berlaku pada tahun-tahun awal Islam amat progresif, berubah mengikut keperluan masyarakat; Namun, peraturan-peraturan yang digariskan oleh pakar undang-undang terdahulu hanya membenarkan banyak budaya pra Islam diteruskan. Peraturan-peraturan ini berdasarkan keperluan, adat dan harapan masyarakat mengikut tempat tinggal mereka, tidak seperti perubahan progresif yang bermula semasa zaman Muhammad S.A.W. Oleh itu, trajektori perubahan yang berlaku pada zaman Muhammad S.A.W. terhenti dalam zaman pertengahan ketika melalui penghuraian ilmu fikah (hukum Islam), yang kemudiannya dikanunkan secara terpilih dalam abad ke-19 dan ke-20.

Sejak zaman dahulu, budaya terbentuk oleh adat dan kecenderungan setempat lebih daripada nilai-nilai Islam yang sebenar. Kehidupan pertama wanita Islam melambangkan model yang berharga, mengjangkaui rasa dan sempadan fizikal, maka, model ini boleh digunakan sebagai alat kebudayaan yang dipercayai, berkuasa bagi meningkatkan agenda hak asasi manusia ke arah peningkatan penguasaan wanita dalam bidang politik, sosial dan ekonomi dalam komuniti Islam. Sumbangan wanita ini kepada komuniti Islam tidak boleh dinafikan dan bagi sesetengah orang, mereka kelihatan sangat mengagumkan.

Mereka tersilap berpegang kepada tanggapan yang salah bahawa wanita Islam kontemporari tidak boleh mencapai seperti pengiktirafan. Walau bagaimanapun, wanita-wanita ini merupakan wakil kepada ramai lagi yang hidup, berjuang, belajar, bekerja dan teladan semasa period awal Islam dan seterusnya. Pasangan lelaki mereka, Khalifah yang mengambil alih pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W., melayan mereka dengan rasa hormat, perasaan kagum dan penghargaan, seperti sama rata. Masyarakat perlu secara aktif menhaga kemajuan yang telah dilakukan oleh masyarakat wanita, jika tidak, mereka boleh merosot semula.

Tidak dinafikan era kolonial meninggalkan kesan mendalam; Namun, menolak Barat dan membidasnya kerana menyebabkan kelemahan dunia kita merupakan kaedah yang lemah lembut dan mudah. Sepatutnya, kita harus memandang ke dalam. Orang Islam harus melihat diri mereka secara realistik berbanding dengan hanya membayangkannya. Selama berabad-abad Rasullah S.A.W. berada di hadapan orang yang sezaman dengannya mengenai wanita dan tidak memeranjatkan selepas kewafatannya, lelaki memulakan langkah-langkah pembaharuan. Rasullah S.A.W. mungkin terlalu jauh pemikirannya bagi minda lelaki abad ke-7, tetapi bila belas kasihannya terhadap wanita merupakan model bahawa orang Islam dalam abad ke-7 perlu mengikutnya.

Malah, pada peringkat awal. Islam berusaha untuk mengangkat taraf wanita dan menggambarkan mereka sebagai ejen yang bebas dengan ikhtiar mereka. Dua puluh empat wanita diceritakan di dalam Al-Quran dalam pelbagai bentuk dan tujuan; 18 hanya sedikit dikisahkan, 5 orang yang utama : Maryam, ibu Nabi Isa, Balqis, Ratu Saba’, Hannah, ibu Maryam, Hawa (Adam) dan Umm Musa, ibu Nabi Musa. Kesemuanya merupakan contoh hebat mengenai potensi wanita.

Pemerkasaan Wanita

Dalam abad ke-21, gabungan penyebaran literasi, ketersediaand dan promosi pendidikan awam untuk kanak-kanak perempuan dan lelaki, peningkatan peluang pekerjaan untuk wanita dan pertambahan bilangan yang memeluk Islam dari agama tradisi lain, terutamanya di Barat, telah menambahkan keinginan wanita Islam untuk pemerkasaan yang lebih besar dalam amalan dan tafsiran keyakinan mereka.

Seperti dalam bidang kehidupan yang lain, wanita Islam telah membuktikan lebih pintar, kreatif dan berdedikasi untuk menuntut pemilikan dan tanggungjawab demi keyakinan mereka secara peribadi dan masyarakat. Ini adalah kerana cabaran yang mereka hadapi dalam mendapatkan akses dalam kemudahan latihan beragama yang sesuai dan memantapkan kebolehpercayaan dengan penguasaan lelaki beragama terutamanya dalam kategori perkeranian.

Hari ini, wanita Islam begitu aktif dalam kumpulan pembelajaran Al-Quran, aktiviti-aktiviti berasaskan masjid, servis khidmat masyarakat yang ditaja oleh pertubuhan agama dan pendidikan Islam, sebagai pelajar dan guru. Terdapat peningkatan bilangan pembaca Al-Quran perempuan, peguam Islam dan profesor pengajian Islam di seluruh dunia. Proses ini juga membantu mengatasi beberapa salah faham tradisi berdasarkan budaya. Semua orang Islam boleh bergiat aktif dalam proses pembaharuan dengan menilai semula kehidupan wanita Islam terawal yang hidup semasa zaman pembentukan Islam, bukan hanya sebagai tokoh sejarah, tetapi juga sebagai model Islam moden yang boleh dicontohi hari ini.

Walaupun ramai orang Islam seluruh dunia belajar mengenai wanita Islam yang luar biasa di sekolah, perkaitan dengan konteks moden sering terlepas pandang. Aspek kritikal megenai personaliti mereka sering diabaikan. Melalui pembelajaran dan meraikan mereka sebagai contoh, lelaki dan wanita boleh lebih memahami dan membina tanggapan mengenai peranan wanita Islam dalam paradigma budaya yang boeh dipercayai.

Akitivis wanita Islan kontemporari ketika menuntut tafsiran peranan dalam tradisi Islam cenderung memberi fokus terhadap tiga aspek penting kehidupan beragama : Membaca, mengajar dan mentafsir Al-Quran. Terdapat banyak suara dalam perdebatan tentang memperkasakan peranan wanita, terdapat beberapa yang konservatif, dan yang lain menggelarkan diri sebagai “progresif”, yang menuntut kesamarataan kedudukan bagi kedua-dua jantina, dan yang lain menegaskan peranan tertentu yang unik bagi lelaki dan wanita. Bertenaga, bersemangat dan sering berbalah, perdebatan ini merupakan antara yang paling penting dalam mentafsir Islam dan tempat wanta dalam abad ke-21.

Walaupun langkah-langkah signifikan telah diambil termasuk suara wanita dalam perbahasan mengenai Islam, cabaran jelas kelihatan, terutamanya tafsiran konservatif yang diterima secara meluas mengikut dan disokong oleh ayat-ayat Al-Quran. Wanita Islam harus nerjaya menjalinkan rangkaian dan meibatkan diri dalam dialog dan bekerjasama dengan wanita seluruh dunia. Namun, kejayaan utama gabungan suara wanita mengenai tfasiran Islam memerlukan penerimaan mereka sebagai pentafsiran yang sama berkebolehan dengan rakan sekerja lelaki mereka. Ramai lelaki Islam menyokong dan menggalakkan dialog dalam Islam sebagai amat penting bagi pembangunan Islam dalam abad ke-21.

Penulis: Moin Qazi/ Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: Daily Sabah
Kredit Gambar: DAWN


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami