Gaya Hidup

Keberkatan Zikir Hilang Kerana Penyakit Hati Bersarang

Oleh Rizal Alhaj  •  14 Aug 2018  •  1 min baca

Kenapa banyak berzikir tetapi membuat dia semakin dekat dengan Syaitan ?

Seorang murid bertanya kepada Gurunya (Imam Al Ghazali);

“Syeikh, bukankah zikir boleh membuat seseorang itu beriman lebih dekat dengan Allah S.W.T dan Syaitan akan berlari jauh darinya?”

Imam Al Ghazali berkata;

“Benar”

Sambung si murid;

“Namun kenapa ada orang yang semakin rajin berzikir tetapi dilihat semakin dekat dengan Syaitan?”

Gurunya yang digelar Hujjatul Islam ini pun berkata;

“Bagaimana pendapatmu, jika ada orang yang mengusir anjing tetapi dia masih menyimpan tulang dan berbagai makanan kesukaan anjing tersebut?”

Jawab murid itu;

“Tentu anjing itu akan datang semula walaupun setelah diusir”

Imam Al Ghazali menjelaskan, demikian juga dengan orang-orang yang rajin berzikir tetapi masih menyimpan berbagai penyakit di dalam hatinya.

Syaitan akan tetap datang dan mendekati malah akan bersahabat dengannya. Penyakit-penyakit di dalam hati itu ialah;

#1- Sombong

#2- Iri hati

#3- Dengki

#4- Syirik

#5- Bercakap dan bersikap kasar

#6- Riak

#7- Merasa diri soleh

#8- Merasa diri suci

#9- Ghibah

#10- Pemarah

Ketika penyakit-penyakit itu menghinggapi diri seorang hamba, maka Syaitan terlaknat akan sentiasa datang menghampiri, mendekatkan diri kemudian menjadi sahabat karib.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami